Cari

The Web Ask Diperantauan

Sunday, August 21, 2011

Berpakaian tetapi telanjang

Assalamualaikum
Raya yang bakal menjelang tiba ini kita menyaksikan berbagai ragam manusia membuat persiapan untuk berhari raya.Sedikit nukilan tentang kaum hawa(juga diri ini) yang sedang sibuk membuat persiapan raya berbanding ramadhan.Terdetik isu ini ingin dikupas semasa pada ramadhan bersama rakan2 ke bazar di shah-alam,dan ke gedung pakaian.Sedikit teguran ingin penulis sampaikan untuk diri penulis juga ,bukanya marah tetapi sayangkan kaum hawa ini yang bakal menjadi isteri-isteri,kakak-kakak,ibu-ibu dan wanita-wanita.
Rasulullah s.a.w telah bersabdaAda dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka.Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah wanita yang berpakaian tetapi telanjang,berlenggang-lenggok ketika berjalan,menarik orang yang melihat mereka.Kepala mereka (sanggul) bagaikan bonggol unta yang senget.Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya.Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh”(riwayat muslim no 3971)..dalam riwayat Imam Malik ….”bau wangi syurga dapat dihidu dari jarak 500 tahun perjalanan.”(Al-Muwatta’.no 1421.).
Insyaallah post kali ini penulis ingin membincangkan isu yang sering dibincangkan ,dan dibincangkan lagi berkali-kali untuk kali ke 150 juta (hyperbola jap) oleh para penceramah dan pendakwah, iaitu golongan ke dua yang disebut dalam hadis di atas.Ok, apakah yang dimaksudkan berpakaian tetapi telanjang ? Imam Al-Nawawi menyatakan ada beberapa makna antaranya ialah perempuan itu menutup auratnya dan membuka sebahagian lain atau ia memakai pakaian yang terlalu nipis sehingga menampakan bentuk badanya.
Trend “See through” atau pakaian seperti kelambu yang menjadi pilihan wanita semasa menyambut syawal nanti yang dikatakan mengikut peredaran zaman masa kini semakin galak penjualannya di pasaraya-pasaraya dan gedung baju.Mereka menggunakan alasan dah guna inner kan,mana nampak !! Tidak kurang juga kakak yang berumur 23 tahun "berpakaian adik darjah 3" semasa ke bazaar, isu legging (same je ngan seluar renang) yang dijadikan seluar oleh sesetengah wanita,dan juga isu bonggol dikepala.
Wahai kaum hawa peringatan Rasullullah s.a.w ini adalah kerana sayangkan kalian,Baginda ingin semua umatnya melanggkah masuk ke syurga yang penuh dengan nikmat yang kekal selamanya.Tahukah anda berjalan berlenggok-lenggok(cat walk) sehingga orang lain melihatnya terpesona dan terpukau adalah cara berjalan pelacur dizaman jahiliah dalam menarik perhatian para pelangganya.subhanallah.
Kesan negatif
1.Masaalah rumah tangga-contohnya,kalau kat tempat kerja isteri melihat ada rakan suaminya yang bekerja berpakaian sedemikian rupa isteri dah mula syak wasangka terhadap suami.Juga para suami mula membandingkan wanita tersebut dengan isterinya,bila isu-isu ini menjadi bibit-bibit persengketaan kecil akhirnya terjadilah perbalahan yang lebih besar yang boleh membawa perceraian.
2.Ganguan seksual-Saya rasa ramai wanita sudah mendakwa para lelaki dengan dakwaan “seksual harassment”.Tetapi amat jarang kita dengar wanita di dakwa dengan dakwaan ganguan seksual oleh para lelaki.Tahukah anda berpakaian seksi boleh menghilangkan tumpuan bekerja orang lelaki dan menimbulkan pelbagai perkara negatif yang tidak diingini.subhanallah.
3.Mengundang bahaya-Kes rogol,Salah satu faktornya adalah apabila golongan lelaki tergoda melihat tawaran promosi percuma oleh wanita yang tidak bermaruah ini.Ada kalanya wanita seksi ini tidak menjadi mangsa,tetapi nafsu itu dilampiaskan kepada insan-insan yang tidak berdosa termasuk kanak-kanak.Janganlah anda menjadi sebahagian daripada jenayah ini.
4.Tidak mengihidu bau syurga-Dalam hadis yang disebutkan diatas,golongan yang berpakaian tetapi telanjang ini tidak dapat menghidu bau syurga apatah lagi memasukinya,subhanallah, semoga kita dijauhkan dari perkara ini.insyaallah.
Sukar untuk berubah?
Berubah kearah kebaikan mungkin senang tetapi ingin mengekalkanya sedikit mencabar dengan kewujudan golongan-golongan yang suka menyindir bila ada melihat perubahan positif yang dilakukan,Ingatlah anda tidak bersendirian,Allah sentiasa bersama hamba-hambanya yang mengingatinya, insyaallah.Tiada istilah lewat/xsempat dalam mencari keredhaan Allah melainkan nyawa sudah diambil dari jasad kita.Semoga Allah menjauhkan kita dari gejala ini dan bukalah hati orang yang melakukan penghinaan terhadap wanita islam ini,dan jauhkanlah kami dari maksiat ,subhanallah –wassalam
Seindah hiasan di dunia adalah wanita solehah

1 comment: