Cari

The Web Ask Diperantauan

Sunday, August 7, 2011

KAMU ADALAH APA YANG KAMU BACA

assalamualaikum

Syukur ke hadrat Allah.S.W.T ,segala yang baik datang dari allah,dan yang buruk datang dari diri saya sendiri.

kenapa nak wat blog?

semuanya bermula selepas saya membincangkan tafsir al-quran surah al-alaq yang diselitkan sambil membincangkan topik trigonotmetri bersama pelajar saya.seorang pelajar menyuruh saya memblogkan apa yang dibincang kan setiap minggu.

Penulis bukan seorang,alim mahupun seorang ulama,tetapi insan biasa yang ingin berkongsi dengan adik-adik yang bakal menempuh alam remaja-dewasa...

Isi perbincangan kami

saya bertanya kepada murid saya,tau x kenapa umat islam 2010 tidak maju?

(macam besela soalan tu mengharap jawapan tidak,so murid2 jawab x cikgu)

Terlalu sedikit orang yang membaca,daripada yang sedikit itu sedikit pula yang memahaminya,dan daripada sekdikit yang memahaminya sedikit pula yang menguasainya,dan dari sedikit yang menguasainya hanya sedikit yang mengamalkannya.So dimanakah diri kita?

realiti ini dilalui oleh penulis sendiri huhu

Dalam 5 ayat yang diturunkan kalimah iqra telah diulang 2 kali (menunjukkan betapa pentingnya membaca dalam kehidupan manusia)

Perasan x dalam surah al-alaq ,mempunyai beberapa peringkat dalam bagaimana proses membaca itu dilakukan agar sesuatu dapat mencapai matlamatnya

Mula-mula,(ayat pertama)"Bacalah dengan Rab-mu yang telah menciptakan"-ertinya bacalah sesuatu yang diredhai oleh Allah.S.W.T dan jangan membaca sesuatu yang dimurkai-nya.dan membaca mestilah dipenuhi dengan niat untuk memberi kebaikan kepada sejagat.

Allah s.w.t memulakan komunikasinya dengan kalimah bacalah,kenapa bukan "sujudlah" atau "ingatlah" atau "berjuanglah" atau yang lainya.Tentunya ada sesuatu yang tersirat di sebalik ketentuan-nya ini.....Bersamalah kita mencarinya dengan membaca al-quran dan hadis dalam mengetahui penciptaan manusia dan alam,serta ilmu-ilmu aqli.insyaallah.

Kedua,(ayat ke 3)"Bacalah dan Rab-mulah yang Maha pemurah ,yang mengajar manusia dengan pena.Dialah yang mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya-ertinya jangan angkuh apabila mendapat ilmu daripada membaca kerana ilmu itu datang dari allah,dan jangan sombong sesama manusia kerana ilmu itu bertujuan memberi khidmat kepada manusia dan bukan untuk dibanggakan.

Nabi Muhammad s.a.w adalah insan yang paling arif tentang kepentingan membaca, Ingat kembali peristiwa perang badar dimana tawanan perang badar yang musyrik boleh menebus diri mereka jika dapat mengajar 10 orang muslim membaca dan menulis.walhal pada ketika itu umat islam sangat memerlukan dana berbentuk fizikal dan material untuk membangukan islam (Rasulullah tidak mengunakan tebusan untuk pertukaran wang)

Rasulullah s.a.w sebaliknya melihat ada yang lebih penting daripada itu.yang lebih penting daripada segala-galanya adalah membaca.Itu adalah titik permulaan untuk membangun umat ini.

Bahan bacaan umpama makanan kepada akal fikiran ,jika kita menambil makanan berzat dan seimbang ,badan kita akan sihat.Begitu jugalah jika bacaan kita baik,maka akan meningkatlah dan sihatlah fikiran.(jangan baca mangga k ,baca mangnga boleh hehe).

p/s -smartphone penulis ada software iQuran (Boleh memberikan contoh bacaan cara bacaan tajuwid yang betul dan juga mempunyai tafsirnya sekali.

penulis memang prepare tazkirah pendek setiap minggu untuk santapan rohani pelajar2 so ini adalah salah satu ringkasan dari tazkirah itu.Insyaallah kalau ade mase nanti penulis tulis yang lain

insyallah penulis akan sharekan tazkirah tentang cinta yang penah penulis share pada student pada post seterunya.(nak mengedit sikit kasi berbunga2) hehe.

KAMU ADALAH APA YANG KAMU BACA

2 comments:

  1. yang penting kita ambil manfaat dari apa yang kita baca, buang mana yg negative

    ReplyDelete
  2. Sangat setuju dengan cik mardhiyah..tq for reading my blog,sila tunjuk ajar newbie ini,dan jika ada kesalahan sila tunjukan.:)

    ReplyDelete