Cari

The Web Ask Diperantauan

Wednesday, October 12, 2011

9 Siti patut dijadikan contoh

gambar hiasan
Assalamualaikum

1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah
- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.

 * 9 Siti ini adalah petikan drpd kata2 Ustazah Siti Norbahyah Mahmood dlm rancangan Halaqah TV9 bertajuk 'SITI IMPIAN'. 

*Diambil dari danish Irfan  

Friday, October 7, 2011

Adakah dia Untukku/mu?

Assalamualaikum

Ini adalah kesinambungan post Soal jodoh,perlu mencari atau berserah? yang telah ditulis bulan lalu.

Insyaallah.Post kali ini ditujukan khas untuk rakan penulis yang meminta penulis menulis kembali idea-idea yang telah dilontarkan sebentar tadi dalam semanis kurma serta mengolahnya dalam kosa kata sendiri .Minggu ini slot Semanis Kurmadi hostkan oleh dua pasangan contoh Host tetap (Uztaz Aqashah + Uztazah Norbaya) dan Tetamu undangan (Uztaz Asyraf (imam muda) dan isterinya Husna).Macam biasa kalau ada benda menarik penulis akan memegang nota blogger penulis dan pesil 2b pink penulis.Penulisan kali ini agak panjang melihat draf penulis yang berjela2 nih.

Cerita pasal jodoh nih memang bestkan,teringat penulis semasa kursus kahwin di puncak alam ketika dahulu time cerita pasal hal ehwal rumah tangga bukan main best ,lawak,x tido tapi time masuk bab ibadah mula lah ada yang x senang punggung nak keluar tandas lah ,nak basuh muka lah,dan lain2. Sama la kes bila penulis tengok tv 9 tadi,huh tak bangun lasung dari kerusi kerana nak fokus..harap anda begitu juga semasa bace post ini..Penulis sebenarnya tidak suka menceritakan hal peribadi untuk tontonan umum dan tatapan ramai penulis masih memegang misi penulis membuat blog ini "Elak bercakap peribadi,Fokus keperibadian" tetapi dalam pos kali ini mungkin ada diselitkan sedikit tentang cerita peribadi yang tidak keterlaluan.

Cerita pasal jodoh ni orang dulu2 seperti yang kita sedia maklum diorang dijodohkan selalunya atas pilihan keluarga bahkan ada diantara mereka tidak pernah melihat muka suaminya sebelum majlis perkahwinannya pun.Yang menariknya kebanyakan mereka survive di alam percintaan selepas kahwin.Kalau sekarang nak buat macam tu alamat lari dari rumah la bakal pengantin tu.Bak kate sesetengah orang "sekarang nih bukan zaman kahwin atas pilihan keluarga" tetapi bukanlah 100% benar pendapat ini (akan dihuraikan kemudian).

Trend zaman sekarang nih biasanya salah seorang dari pasangan nih akan bawak balik kerumah bakal pasangannya dan tunjuk kepada ibu-bapa setuju atau tidak.Biasanya setuju la kot, walaupun muke bengkek jer (yela kan hati orang nih lain-lain sape tau).dan bakal pasangan ini biasanya adalah dari kenalan-kenalan sama-ada sekolah ,universiti atau laman muka buku (facebook).Nak cerita samaada dia nih untukku/mu ada beberapa tanda uztazah bagitau tadi dalam perbincangannya

1) 4 perkara dalam jodoh (Harta,Keturunan,Kecantikan,Agama)

Antara Harta,Keturunan,Kecantikan dan Agama nak pilih mana?.Seperti yang kita sedia maklum pilihlah pasanganmu yang beragama dan ianya juga merupakan pesan Nabi Muhammad S.A.W. nak pilih yang berharta karang dah miskin nanti dah cinta pulak.Itulah yang orang namakan cinta harta.Cerita pasal keturunan pulak nih memang kompleks kadang-kadang contohnya ada kekangan dan pantang keturunan terutamanya  keluarga yang menginginkan anaknya berkahwin dengan nama orang ada  "wan ,megat ,puteri ,meor" dan lain gelaran.Ada juga yang pantang anaknya berkahwin dengan orang kampung,pemuzik,anak yatim,perantau,muallaf,bangsa asing (ini yang penulis lihat dalam kehidupan seharian dan ada juga yang dari drama).Nak cerita pasal keturunan nih kadang2 tidak semestinya bapanya Imam dan anaknya seorang Uztaz,Tidak semestinya bapanya pembunuh anaknya adalah penjahat.

Kita tidak berhak untuk menilai seseorang hanya berdasarkan keturunannya sahaja tanpa mempertimbangkan keperibadinya.Setiap dari kita sendiri pun memang dah dalam kehendak takdir Allah S.w.t kita yang dilahirkan dalam keluarga tersebut,kita tidak memilih siapa ibu dan bapa kita sebelum kita lahir (betul x).Kalau tengok program anak angkat sendiri sekali pun ,penulis dapat lihat sesetengah orang nak keluarga angkat yang kaya,ada kereta dll,Ini menunjukkan semua orang menginginkan sesuatu yang baik2.So tentang keturunan yang kurang elok atau biasa itu adalah fitrah dan soal keturunan seharusnya tidak begitu menjadi penghalang dalam mendirikan masjid berbanding keperibadian .Melainkan ia melibatkan persoalan keturunan tentang Nasab (sama-ada anak luar nikah atau tidak) ia sangat penting terutamnya dalam pemilihan wali yang sah (untuk memastikan perkahwinan yang sahih) bagi perempuan dan untuk menjaga kebaikan keturunan kita.(tetapi bukanlah bermaksud anak tidak sah luar taraf dipinggirkan,mereka juga manusia seperti kita) semoga nasib mereka lebih terbela kerana mereka juga manusia bahkan seagama/saudara kita.



Cerita pasal kecantikan pulak ,kecantikan tidak kekal lama penulis sendiri masih kecik2 tengok cerita "The cave of the golden rose" berkata cantik betul fantaghiro dalam cerita tu,tapi kecantikan itu tidak kekal sampai sekarang pun.Sekarang umur fantaghiro dah 50++ ,Kalau cinta kecantikan nanti kalau dah tak cantik maka dah tak cinta lah dan si pasangan dah mula pandang2 orang lain yang lebih cantik .Bagi penulis kecantikan wanita (terutamanya) ada dua jenis ,satu dah memang dia cantik (luaran) cnth lisa surihani ,Fasha sandha dlll tapi ia tidak menenangkan malah ia MENDEBARKAN.Kecantikan kedua adalah orang ni biasa jer cantik sikit,kiut dan baik serta berpesonaliti tinggi tetapi ia MENENANGKAN cariklah yang menenangkan.Sebab sebenarnya kita bukan jatuh hati atas kecantikan luarannya sahaja bahkan lebih terutamanya hati di dalamnya (ini barulah JATUH HATI namanya).Dan biasanya cinta inilah yang kekal keharumannya dan ia adalah kecantikan yang membawa  kita  bahagia di syurga dan di akhirat.insyaallah.So wanita harap faham lelaki sebenarnya mahukan wanita yang menenangkan daripada(bukannya) yang mendebarkan 

Yang keempat adalah yang beragama,Daripada ciri-ciri yang disebutkan tadi ciri ini adalah sebagai tiangnya dan ia adalah yang seharusnya dijadikan titik tolak penerimaan calon samaada diterima atau tidak.Nabi Muhammad S.A.W sendiri berpesan

حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَكِيمٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ تُنْكَحُ النِّسَاءُ لِأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

ertinya:
“Seorang wanita itu dinikahi kerana empat; kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka hendaklah kamu mengutamakan yang beragama, nescaya kamu berbahagia.”(reference)

 Disini kita melihat bahawa soal agama adalah yang lebih diutamakan oleh junjungan kita Rasulullah S.A.W berbanding soal yang lain2,So sekiranya dia menepati intipati ini,maka pilihlah dia nescaya kamu akan berbahagia dan DAN DIA ADALAH UNTUKMU selamanya.Insyaallah.

2) Berdoa kepada Allah supaya berikan yang terbaik untuk kita.

Kita manusia sememangnya insan yang lemah kita seharusnya tidak sesekali lupa akan pencipta kita Allah S.W.T yang tahu akan yang terbaik untuk kita.Antara yang kita boleh buat adalah  solat hajat,solat istikharah dan berdoa supaya urusan jodoh kita dipermudahkan.Solat istikharah solat hajat nih bukan semestinya apabila kita dah ada calon dan ingin memilih yang mana satu terbaik untuk kita malah jikalau belum ada calon pun kita diminta berdoa kepada maha pencipta.Seperti yang kita sedia maklum umat islam yang sombong dan bongkak adalah dari kalangan mereka yang tidak berdoa kepada Allah S.W.T.Janganlah kita hanya sentiasa berharap jodoh akan datang bergolek2 kepada kita kalau macam itu nanti sampai ke bujang karat atau ke andartu lah kita masih belum berpunya.Walaupun kita sedia maklum Rezeki,Jodoh dan Ajal adalah ketentuan Ilahi,Namun kita hendaklah berusaha seperti yang telah dibincangkan sebelum ini penulis ada menceritakan tetang takdir dalam jodoh dalam perlu mencari atau berserah ,

“jodoh itu di tangan Allah dan manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya berlandaskan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah”

Selain dari perkara diatas juga, untuk sesiapa yang berpacaran jangan tunggu lama-lama,Kalau dah mampu buat majlis kecil pun ok jer kot,ini mengikut kata uztaz2 yang menentukan kebahagiaan adalah sikap dan keperibadian bukanya majlis semasa berkahwin itu nanti.Dan ada satu kisah seorang pemanggil noni 28 tahun,mempunyai pakwe dan dia baru-baru ini telah dipinang oleh lelaki lain, dan dalam siri semanis kurma tersebut dia memberitahu yang dia ingin setia kepada teman lelakinya dan meminta pandangan uztazah norbaya dalam konteks permasaalahannya .Uztazah dengan spontan menjawab suruhlah teman lelaki yang masuk meminang dan berdoalah supaya teman lelaki lembut hatinya untuk masuk meminang janganlah ditempoh2 perkara yang baik.dan ada doa yang sempat penulis salin yang diberikan oleh uztazah yang akan dikongsikan di penghujung post ini.So kepada makwe pakwe jom sama-sama kita berdoa dan boleh juga suruh ibu bapa berdoa semoga urusan jodoh kita dipermudahkan . Insyaallah. Dan sekiranya semuanya berjalan lancar,dan itu adalah salah satu tanda2 jodoh kita akan tibe nescaya dia ADALAH UNTUKMU.

3)Yang ni kot !!

Daripada pengalaman Uztaz Asyraf tetang cerita bagaimana dia bertemu jodohnya dengan Husna adalah dengan perkenalan dari rakannya yang memperkenalkan.Ceritanya nih secara simplennya Uztaz asyraf nih ada kawan (lelaki) dan kawannya ini mempunyai adik (perempuan) adiknya ini mempunyai kawan (Husna).So diorang adik beradik ini berpakat ingin mempertemukan jodoh mereka.Yang si kawan uztaz Asyraf ini memberitahu yang dia ini baik,sopan santun,dan pada suatu hari mereka dipertemukan oleh pasangan muhrim.Untuk pengetahuan Adab ingin bertemu orang yang bukan muhrim kita adalah dengan adanya pasangan muhrim kita contohnya ibu-bapa.Orang kata cara macam nih memang kampung atau kolot la kata sesetengah orang ,tapi bagi penulis cara macam nih lagi klasik dan seems cool selain daripada berladaskan syariat Islam cara macam nih lebih senang untuk mendapat restu ibu-bapa.Bak kate orang sebelum jatuh hati kepada seseorang  jatuh hatilah kepada ibu wanita tersebut dahulu (tapi ni bukan macam kes iklan silky girl yerr).KALAU dah dapat restu ibu bapa dan calon tu pon ok dari dari semua segi yang utama,NESCAYA DIA ADALAH UNTUKMU/KU.Insyaallah


4) Cerita Tikus dan Kucing

Ini adalah contoh dari Husna isteri uztaz Asyraf yang mengibaratkan lelaki adalah seekor kucing dan wanita adalah seekor tikus. Dalam sesuatu perhubungan Pn.Husna membeitahu yang wanita kena bijak dalam mencatur cinta dan wanita kena kuat berbanding lelaki jangan sampai dibaham oleh lelaki.Walaupun kita berkawan rapat kadangkala tidak semestinya kita tidak boleh mengungkapkan perkataan "tidak" kepada bakal pasangan kita atas sesuatu yang dirasakan kurang elok dan perempuan seharusnya lebih progresif dan efektif dalam menjaga batas2.Setelah berfikir kembali nasihat ini adalah untuk penulis dan orang lelaki juga.Kalau segalanya bejalan lancar dan segala ciri2 telah diperolehi insyaaallah dia adalah untukmu.Yang lelaki pula jangan sepanjang masa ingin memburu sahaja,dah dapat diburu lepastu tingalkan bangkai buruan.Jadilah pemburu cinta ilahi dan bukanya pemburu manusia.
Uztazah juga ada berkongsi kisah cinta beliau dengan Uztaz aqashah yang hanya bertemu semasa meeting suatu keitka dahulu.Dan akhirnya diijabkabulkan pada usia muda dan mendapat restu keluarga pada usia uztazah seawal 20 tahun dan uztaz Aqashah 22 tahun.Kisah cinta uztazah ini seharunya dijadikan contoh untuk kita dalam tatacara bercinta.Tidak perlu lama, dan tidak perlu memburu sehingga buruan kita mati menjadi bangkai yang busuk,dah green light go jer dan dia MENJADI UNTUKMU SELAMANYA.Insyaallah.


5)Uztazah dan Uztaz 

Untuk lelaki, biasanayalahk kan kita bukan Uztaz,tetapi ingin mencari seorang yang ala-ala uztazah dan ala-ala uztaz bagi wanita,Memang dalam lumrah manusia sentiasa inginkan yang terbaik buat diri kita,Hatta penyangak sekalipun mesti didalam lubuk hatinya inginkan seorang isteri yang baik-baik dan solehah.Kadangkala dalam usaha ini kita sering di tindas oleh persekitaran terutamanya kadang-kadang kawan-kawan yang melemahkan usaha-usaha kita dalam memperoleh yang terbaik dengan kata-kata yang yang boleh melemahkan semangat speperti "ko ingat ko tu baik sangat nak tackle uztazah" "dia tu tak sesuaila dengan ko.ko tu jahat dia tu baik" "mat rempit ada hati nak tackle uztazah" dan sebagainya.Kata-kata inilah yang selalu membantutkan niat murni seseorang dalam mencari yang terbaik.Siapa tahu selepas berkenalan dengan orang yang baik tersebut dia mula berubah walaupun tidak sampai ke jinjang pelamin,Kita manusia biasa yang tidak tahu apa yang akan terjadi dimasa  hadapan apatah lagi dalam mentafsir seseorang siapa dia di masa hadapan.Sokonglah kawan anda !! 

Orang kata wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik,dalam konteks ini kita seharunya tidak berputus asa dan lemah semangat atas kelemahan diri sendiri bahkan cube sebaik mungkin memperbaiki diri sendiri serta bersyukur atas segala kurniaan Allah.Cubalah sedaya upaya untuk memasukkan sebanyak mungkin sifat-sifat lelaki atau wanita idaman ke dalam diri sendiri.Sebagaimana kita mengimpikan seorang wanita/lelaki idaman,Kita juga harus membentuk diri kita sebagai seorang yang diidamkan.Maka coraklah dengan sebaik mungkin kerana segala langkah bermula dengan diri kita sendiri untuk menjadi insan yang diidamkan oleh seseorang.Insyaallah kemudian nanti adalah rezeki dan dia ADALAH UNTUKMU.



 6)Berkawan lama-lama seperti melihat kucing ? 

Anggap ini suatu situasi ini,apa pandangan anda jika anda melihat seekor kucing yang sangat cute dan cantik.Mesti didalam hati anda terlintas eh comelnya kucing itu geram tegok.Angap situasi ini dengan mengumpamakan Wanita pula adalah seekor kucing dan lelaki adalah lelaki (haaha contoh jer tau).Lama-lama kita tengok kucing tu comel betul cantik,mulalah terlintas dalam hati "takkan nak tengok jer" mesti ada terniat di dalam hati untuk membelai-belai kucing tersebut kan.So sesiapa yang sudah cukup syaratnya itu ,dah ada calon dan segala persediaan eloklah dipanjangkan kepada step yang seterusnya "sebelum kucing tercabut bulu".

Dalam konteks yang sama  berkawan lama-lama nih orang kata memanglah sweet ,waaa sweeetttnyer couple tu tiap minggu kasi coklat siap ada sajak2 lagi,Kadangkala oleh kerana ke sweeetan ini sesuatu perhubungan itu akan mendapat penyakit diabetic dimana lama kelamaan kita akan menjadi tolerance dengan ke sweetan itu yang mula dirasakan tidak sweet.Dulu awal-awal pangil sayang dah rase sweet betol,sekarang panggil sayang pon macam dah tak sayang dah.Sampai ke tahap ini mulalah timbulnya bibit-bibit pergaduhan kecil yang mana akan membawa ke pergaduhan besar yang menjurus kepada perpisahan.Orang kata bila dah terlalu teruk diabetic itu luka yang lama semakin sukar untuk disembukan dan kesakitanya .... (penulis tidak dapat membayangkan situasi ini).Jadi oleh yang demikian janganlah menganggap lagi bahawa yang dia ADALAH UNTUKMU sebelum ijab kabul.Sebab itu penulis tampil dengan hypothesis semakin sweet sesuatu pehubungan itu ,Semakin sakitlah perpisahan sekiranya hubungan itu terpisah.


7)Persepsi terhadap perkahwinan 

Persepsi terhadap perkahwinan nih sangat penting yer,kadang2 ada sesetengah orang yang mengangap bahawa bagi lelaki sekiranya berkahwin mereka akan "game over" dalam sesuatu perhubungan.Ada juga yang menganggap bahawa perkahwinan adalah suatu perjudian dengan berkata "nasiblah ,dapat yang baik,baiklah,dapat yang jahat,jahatlah”.Kita sentiasa berprasangka baik dalam suatu takdir isnyaallah jika kita berprasangka baik,Insyallah ,sesuatu yang baik akan datang.Setiap permasaalahan yang datang adalah ujian dan kita seharusnya tabah menghadapai ujian dan bukanya berprasangka buruk.Jadikanlah segala ujian yang datang semakin menguatkan hubungan/atau ikatan itu nescaya ikatan itu akan berkekalan walau dilanda badai sekalipun. .Ingatlah perkahwinan adalah ibadat,dan isteri adalah amanah kepada lelaki,pesan Uztazah dalam siri itu.

Ada juga yang kadang-kadang nak target kahwin umur 30 lah dan sebagainya walaupun dari ke semua persediaan yang dia telah mencukupi dan boleh dikatakan mampu.Ini berkait rapat dengan suatu persepsi lagi adalah tetang pandangan “kahwin muda”.Pandangan yang dilontarkan oleh uztazah dalam semanis kurma adalah kahwin muda atau tua cabaran rumah tangga adalah sama,Tetapi dalam konteks pencarian jodoh cabarannya adalah berbeza.Kita sendiri boleh faham kan, waktu muda-muda senang jer nak cari bakal pasangan dan dah tua-tua nih semakin susah nak cari.SO NAK KAHWIN UMUR 30 ?? fikir2kan lah.Oleh yang demikian Uztazah ada menyebut dalam topic perbincangan tetang cadangan “kempen kahwin muda” untuk pasangan2 terutamnya bagi lepasan graduan.Ramai orang kata tidak mampu kerana belum mendapat pekerjaan atau sebagainya tetapi saya sependapat dengan uztazah kalau di kirakan mampu atau tidak bukan dikirakan dari jumlah harta yang dipunyai,tetapi adalah berdasarkan seseorang itu bertangungjawab atau tidak.Kata beliau kalau ada harta banyak seaklipun tetapi harta yang banyak itu tidak dibelanjakan untuk kebahagiaan rumah tangga nescaya tidak akan berjaya juga sesuatu hubungan rumah tangga berbanding seseorang yang bertanggungjawab yang sentiasa berusaha untuk mengisi periuk nasi di dalam rumah.Jika anda berjumpa orang yang bertanggungjawab ini cepat-cepatlah wat step apa yang patut,pastikan DIA UNTUKMU.

*sapesapri  


RUMUSAN DAN DOA

Dalam siri tersebut Uztazah Norbaya ada mengjarkan doa berdasarkan kisah para anbia antaranya adalah adalah,daripada surah Taha ayat 131-132 dan Surah Al-Anbia ayat 89 iaitu kisah nabi Zakaria.

***********************************************************************************

*Entri ini adalah berdsarkan topik perbincangan semanis Kurma pasangan bertajuk Dia Untukmu (Uztaz Aqashah + Uztazah Nobaya) dan (Uztaz Asyraf (imam muda) +Husna (isterinya) dan diolah kembali oleh penulis untuk seseorang yang terlepas siri ini.

Contoh yang mengumpakan kepada kucing,tikus dll hanya sekadar contoh supaya penulis dapat memahami situasi sebenar yang sukar diungkapkan dengan kata,Dan tiada niat untuk menggelarkan mana2 pihak sebagai binatang.

sebarang kesalahan (Terutamnya konteks) harap pihak pembaca tegur dan saya akan mengambil tindakan segera dalam proses pembetulannya.Kadang tertinggal satu perkataan boleh merubah maksud ayat tersebut.CONTOH I Didnt  love you,Jika tertinggal "Didnt" kan dah lain dah.

Segala yang baik datang dari Allah dan yang buruk dari diri saya sendiri.terima kasih pembaca.