Cari

The Web Ask Diperantauan

Monday, August 8, 2011

Soal jodoh,perlu mencari atau berserah?


Assalamulaikum

Terima kasih yang tidak terhingga terhadap sokongan yang diberikan oleh kawan2 terutamanya Gamelanfriends group a.k.a gfriends.kali ini penulis ingin membicangkan soal jodoh.

Persoalan ini dipanjangkan oleh salah seorang sahabat penulis dalam memberikan penulis idea untuk memberikan tazkirah pada pelajar pada hujung minggu ini.insyallah.

MENCARI ATAU BERSERAH?-Seperti yang kita sedia maklum yer sejak azali lagi Allah telah mentakdirkan dan merancang urusan hidup iaitu kita,jodoh pertemuan,rezeki dan kematian kita.Subhanallah.kesukaran mencari jodoh selepas puas berusaha mungkin kerana belum sampai seru orang tua2 kata.FYI penulis pun belum bertemu jodoh lagi (tetapi sedang diusahakan).insyallah

Pengalaman semasa di kursus kahwin yang diadakan di puncak alam memberikan sedikit sebanyak input yang boleh dikongsi bersama,teringat kata-kata penceramah yang bersahaja “jodoh itu di tangan Allah dan manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya berlandaskan ketentuan yang ditetapkan oleh Allah”.Ya memang inilah metod (Cewah omputih jap) dalam mencari jodoh kita berusaha dan berserah. bukanya hanya berserah.

Mungkin ada yang kata dah ini nasib aku jang ,ini umpama mengatakan qada dan qadar sebagai pemaksaan terhadap dirinya, pegangan ini salah sama sekali,takdir adalah ketetapan Allah yang maha mengetahui.Ungkapan seperti ini menunjukan sikap putus asa dan lemah semangat individu tersebut dalam mencapai matlamatnnya(nak cari jodoh) dan menjadikan takdir yang kita sendiri tidak mengetahuinya sebagai excuse untuknya berdalih dan berhenti berusaha.Tiada istilah perigi cari timba,tiada istilah kumbang mencari bunga,samaada lelaki atau wanita berhak memilih siapa pasanganya asalkan berlandaskan syariat.insyaallah.USAHA BARU BERJAYA (kalau parent cari lagi sonang)

KENAPA X DAPAT JODOH?..Meh WAK(PENULIS) nak royak ckit

HATI TIDAK FOKUS-Maksud penulis disini ialah jika kita asyik foKus pada benda lain contohnya kerjaya jer,kalau dah asyik siang malam sibuk mengejar kedudukan bakal pasangan(kawan la biasanya kan) mungkin akan tawar hati dan mencari orang lain,Mengejar cita-cita tidak salah tetapi urusan lain juga perlu diseimbangkan.insyaallah,(nasihat ini untuk penulis juga).Ada dalam ceramah penulis mendengar baru-baru ini kat TV, sehari=24 jam bahagikan kepada 3 ,kerja/belajar 8jam ,8jam tidur/bersama keluarga,8 jam yang selebihnya isilah dengan ibadah .Penulis sangat tidak berpuas hati apabila seseorang tidak sembahyang dan mengatakan tak sempat la,kalau kita sembahyang 1 waktu 5 minit pon baru 25 minit sehari kita beribadah,Duniawi.subhanallah.Oleh itu Fokuskan lah hati kita untuk mencari jodoh jika kita sudah mampu berumahtangga.Insyaallah ada jodohnya.

BELUM BERSEDIA-Orang yang kurang mampu dari segi ekonomi,fizikal ,dan mental biasanya berasa kurang bersedia untuk berumah tangga.Eh aku xda duet nak kawen la,Eh aku baru 23(umur penulis),Eh aku rase nak belaja lagi la.Selagi hati itu mengatakan aku belum besedia untuk berkahwin,selagi itulah seseorang sukar bertemu jodoh.Bagaimana hendak berkahwin kalau tidak berani berdepan tanggungjawab.Perlu diingatkan tanggungjawab bukan masalah,contoh-tangungjawab kita memberi nafkah isteri itu bukan masalah.Masalahnya adalah kita sendiri yang mengangap tangungjawab sebagai satu masalah.Allah s.w.t tidak membebankan seseorang dengan masalah yang tidak mampu dipikulnya.Malah masaalah yang menimpa seseorang itu merupakan peluang untuk menaikan darjat kita disisi allah.insyaallah.

TERLALU MEMILIH-Perlu mencari atau berserah?, golongan yang terlalu memilih mereka mencari tetapi meletakan Kriteria tertentu.keturunan,status,kekayaan,kecantikan.Tidak salah memilih tetapi jangan terlalu ketat memilih.Yang lelaki itu dengar nih-You don't love a woman because she is beautiful, she is beautiful because you love her. wanita cantik(yang semula jadi yer) hanya dari umur 20an ke 30an adakah anda mahu hidup dengan kecantikan ataupun akhlak wanita itu sendiri.fikir fikirkanlah termasuk wanita juga mak lelaki kaya tetapi apa guna kalau lelaki tu dok main kayu tiga.(kalau kayu satu(golf) tu ok la gak).

TAKUT NAK BERCINTA-Dulu-dulu dah ada kenangan pahit dalam bercinta dan ada parut lah kat hati katakan.Sebab itulah Ilmuan islam berkata, cinta yang tidak pernah dikecewakan adalah cinta terhadap Allah s.w.t dan rasulnya.Cinta manusia hanya sementara dan mengecewakan.Namun sebagai seorang insan kita dituntut untuk berkasih sayang sesama insan.Setiap kejadian yang menimpa diri jadikanlah sebagai pengalaman yang boleh mematangkan kita dalam membuat keputusan yang lebih mencabar di masa hadapan.insyaallah.

BANYAK MEMINTA KURANG MEMBERI- Tidak wajar lah kita melayan bakal pasangan kita dengan meminta perkara-perkara yang diluar batasan kemampuannya dan baru kita menerimanya, agak-agak rrrr. Contohya Kasi saya banglo dan kereta sebijik baru saya nak kat awak,setakat orang kampung macam awak nih saya pun tak hingin !!(petikan dari muvie melayu). subhanallah. Sebagai seorang insan kita dituntut untuk berkasih sayang sesama manusia.insyaallah.

TIDAK ISTIQAMAH DALAM MENJALINKAN HUBUNGAN !! - Orang kata SKANDAL! , seseorang yang sering bertukar-tukar pacaran akan sukar bertemu jodoh.Ada kes dalam kalangan siswa/siswi yang sengaja katanya NAK TRY MARKET tanpa memperdulikan sebenarnya dia hanya mempermainkan perasaan orang lain.Apabila berkenan dia akan mendekatinya tetapi apabila ada orang lain yang lebih memikat hatinya,dia beralih kepada orang itu pula.Kecewa bekas bakal pasangannya (awek tidak digunakan dalam term blog saye yer) .Rasullah s.a.w pernah bersabda doa orang yang teraniaya makbul.tapi jangan kita pula berdoa untuk perkara tidak elok ,doalah untuk dipertemukan insan yang lebih baik.Kepada pasangan yang bakal berkahwin ,pertahankanlah sebaik mungkin perasaan cinta yang berbunga di hati itu (berlandaskan syariat tanpa noda syahwat) agar sampai ke ijab kabulnya nanti yang menghalalkan CINTA itu.insyaallah.

strangers become strangers again jangan sampai jadi macam nih.

Cinta itu suci dan indah manusialah yang mengotorinya dengan coretan nafsu.cinta bertambah indah dan suci apabila kita memagarinya dengan syariat dan batasan ISLAM. kalau bakal pasangan anda betul2 mencintai anda ajaklah dia berkahwin,cinta sebenar hanya berputik selepas berkahwin.insyaallah.

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakanNya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran” (Ar-Rum, Ayat 21).

Kesimpulanya kita mesti berusaha dahulu,kemudian barulah kita berserah


p/s-penulis tidak membincangkan isu ini pada hujung minggunih,untuk orang dewasa nih

sumber daripada, laman web dr fadzilah,memasuki gerbang perkahwinan (JAKIM) dapat mase kursus kawen,blog2 kolumnis solusi ,I love Islam.

Insyallah pada post akan datang penulis akan mengulas idea penulis yang tidak seberapa tetang cara mendekatkan jodoh


No comments:

Post a Comment