Cari

The Web Ask Diperantauan

Monday, August 8, 2011

Cinta manusia membawa ke syurga atau ke neraka?



ASSALAMUALAIKUM

Cinta amat sukar di definisikan kerana ia bersifat abstrak dan subjektif,iaitu berbeza-beza setiap orang dalam menilai dan mendefinisikannya.Cinta manusia itu fitrah hati,setiap hati insan dahagakan kasih sayang,keadilan,kekakayaan,kesetiaan dan lain-lain sifat mulia dan baik terutamanya para remaja. Rasanya tidak ada seorang manusia pun yang tidak inginkan cinta termasuklah penulis pun.

Kali ini bukanlah untuk bercerita cinta yang berbunga-bunga seperti I love you,saya sayang awak,miss you,yang umpama menjadi zikir orang-orang bercinta.itu semua sia-sia.Ironinya keadaan ini alangkah baiknya kita bezrzikir kepada allah dalam mencari cinta sejati dan hakiki yang membawa ke syurga.

Kenapa kita perlu cintakan Allah?.Jawapan mudahnya adalah kerana Allah mencintai kita.Allah mencintai kita lebih dari sesiapa sahaja yang telah,sedang atau mencintai kita.Sesiapa sahaja yang mencintai kita itu hakikatnya Allah yang menjadikannya dan Allah jugalah yang mengngaikan(memberikan) cinta itu kedalam sanubari hatinya untuk mencintai kita.Rasa cinta yang diluahkan oleh manusia untuk mencintai manusia lain adalah bersumberkan cinta kepada Allah.senang cerita Allah lah yang mempunyai segala sebab untu dicintai.-insyaallah

Penulis sedar zaman remaja hari ini diharungi pelbagai cabaran dan kebejatan akhlak serta pelbagai gaya hidup hendonisme yang mengejar dan mengagungkan materialistic semata-mata.budaya berpacaran,pakwe,makwe,balak …. dll seolah menjadi identiti remaja hari ini.

Semasa mencari bahan untuk dibuat perbincangan ringkas bersama pelajar penulis terjumpa satu publish paper yang penulis pernah jawab ketika dahulu dan mengingatkan kembali kisah sebelum masuk ke peringkat ijazah iaitu hari terakhir pra- ijazah penulis ada menjawab survey yang dilakukan oleh pensyarah fakulti perubatan UiTM Mazlin Mohd Mohktar mengenai pengetahuan ,sikap dan amalan kesihatan seksual dalam kalangan Pelajar IPT di Malaysia dan keputusannya amat mengejutkan penulis..

Kajian adalah berdasarkan 727 orang (IPTA& IPTS berbilang agama dan bangsa) responden menunjukan sentuhan fizikal antara remaja berlainan jantina di angap separuh mengangap “tidak mengapa” .Apabila kenyataan menjurus kepada hubungan seks berdasarkan cinta peratusan menurun kepada 25 peratus.Alhamdulillah 75% siswa/i mengangap seks sebelum berkahwin diangap bertentangan dengan hidup mereka.semoga 25% lagi pelajar itu sentiasa dalam rahmat Allah dan dijauhkan dari maksiat.

Dalam soal maruah dan kehormatan diketengahkan,terdapat perbezaan ketara melibatkan remaja lelaki dan perempuan ,tengok jadual di atas siswi lebih menghargai maruah dan kehormatan diri mereka sendiri mahupun bagi lelaki.bagaimana lelaki pula sebaliknya.dikhuatiri sikap liberal pelajar lelaki ini yang mendorong berleluasanya penzinaan dalam kalangan belia-remaja hari ini.

Apabila pergaulan bebas menjadi kebiasaan,budaya coupling menjadi lumrah,cinta dan nafsu menjadi obsess dan boyfriend atau balak sering memujuk rayu pasangan agar bersetuju mengadakan hubungan seks luar nikah sebagai bukti cinta.Sementara remaja siswi pula begitu mudah terpedaya,menggadaikan diri demi meraih cinta neraka dari si pria.

Petikan dari solusi 27 (Fitrah) menyebut-ramai yang masih belum arif mengenai perbezaan ketara cara lelaki dan wanita meluahkan perasaan cinta-kebanyakan lelaki sanggup memujuk rayu dan menjaja cinta,demi untuk mendapat peluang mengadakan seks percuma sementara wanita pula merelakan berlakunya hubungan seks demi mendapatkan cinta.Hasil daripada ini ramai wanita seperti di akhbar yang kita lihat menjadi mangsa penipuan emosi perasaan dan maruah diri pula tergadai.-Masyaallah

Yang menjadi mangsanya adalah generasi seterusnya,Bayi luar nikah dibuang, demi maruah dan kehormatan diri sendiri dan keluarga tanpa memikirkan soal nyawa bayi tersebut.subhanallah,

gambar-gambar bayi yang ditemui didalam longkang,reput terdampar ,menyebakkan dada penulis dimanakah hilangnya naluri kemanusiaan,dimanakah hilangnya fitrah wanita sebagai seorang ibu dan lelaki sebagai seorang ayah serta dimanakah akal yang dibekalkan oleh Allah S.W.T kamu gunakan.Tepuk dada Tanya iman.

Cinta manusia dan hubungan seksual dianggap menjadi perkara biasa dan dianggap maju terutamanya golongan liberal sekular yang menganggap peganggan agama sebagai sesuatu yang konservatif dan kolot serta ketinggalan zaman.

Masyarakat juga dididik untuk tidak mencampuri hal orang lain dan budaya tegur-menegur semakin luput dalam budaya masyarakat melayu- islam-malaysia,mereka sering berkata ini adalah hak individu,this is my privacy,this is human right,dan sebagainya yang menunjukan mereka tidak boleh dikongkong dan bebas mengemudi hala tuju hidup masing-masing tanpa batasan.Dan berleluasalah “human-rights” nya dalam gelumang “human-wrong” nya.subhanallah..

Ceritera yang penuh keedanan dimamuh cacamarba dalam kebejatan arus paradigma yang piceq kini kian sirna di telan dunia.(jawa term)

Jangan biarkan tangan anda di sentuh lelaki ajnabi,biarkanlah tangan anda digenggam erat sang suami

JADIKAN MALU SEBAGAI BENTENG PERGAULAN ANTARA JANTINA


No comments:

Post a Comment