Cari

The Web Ask Diperantauan

Friday, August 26, 2011

Tingkatkan potensi minda dan kurangkan stress anda

Assaalamualaikum

Artikel ini sarat dengan terms2 medical dan anda mesti review source lain sperti dari google untuk mengetahui lebih terperinci maksud yang cuba disampaikan.Jika ingin skip perincian potensi minda,sila terus ke Bahagian download link untuk cara mengurangkan stress mengunakan teknik waves.

Idea ini sebenarnya dah sebulan lepas penulis menaip cume proses validasi untuk memastikan kesahihan memerlukan beberapa pembuktian dari kajian.Semuanya bermula apabila penulis bersama rakan baik penulis(SyuK) membincangkan tentang ubat nyamuk di puncak alam semasa exam Central Nervous System Pharmacotheraphy (CNS ph).Apa yang menariknya disini ubat nyamuk rakan penulis mesra alam,tanpa pembakaran hanya menggunakan sedikit elektrik.Ubat nyamuk ini menggunakan gelombang berfrekuensi tertentu untuk menghalang nyamuk dari menggigit (berkesan tau, nyamuk tu terbang tapi xleh mendarat nak gigit).Dan penulis ade teringat di dalam Handphone penulis juga ade app yang sama dan dalam usaha mencari app baru tbe2 terjumpe ZOX mind solution.App ini mengajar kite cara bertenang dan menggunakan minda separa sedar kita untuk memfokuskan tentang satu-satu masaalah menggunakan gelombang2 tertentu dalam usaha mencapainya.

Dalam exam (CNS ph) juga terdapat tajuk-tajuk penyakit otak seperti seizure,migraine,dll.Yang menariknya setiap penyakit tersebut juga mempunyai perkaitan dengan gelombang ini (Gelombang ini dibaca dengan EEG klik sini).Contoh pesakit seizure memancarkan gelombang yang tidak stabil di EEG. Banyak kajian dilakukan dari Havard sampailah ke UiTM.Tetapi penulis ingin berkongsi yang di UiTM punya la (UiTM DIHATIKU).Pada 5 tahun lepas salah seorang pelajar Dekan Fakulti Farmasi (Prof.Dr.Abu Bakar-mmg pakar tentang neuro) membuat kajian tentang motion brain wave dalam mengurangkan stress dalam pelajar mengunakan kerusi berputar untuk menstabilkan gelombang di Otak.Penulis dan rakan penulis (gambar diatas) juga turut menawarkan diri dalam kajian ini Juga pengalaman semasa lawatan ke penulis ke London school of hypnosis (bukan kat london k,kat damansara).Bukan nak membentangkan semula kajian itu Cuma ingin membuktikan penggunaan gelombang tertentu dapat menjadikan kita lebih tenang,produktif dan rasional.

Mari kita kenal gelombang ini

Semua orang mempunyai setiap jenis gelombang yang bakal disebutkan cuma persoaalanya bagaimana kita ingin mengawal gelombang tersebut.Gelombang ini adalah dipancarkan oleh Otak dan direkodkan oleh EEG,Ia adalah satu keadaan dimana salah satu gelombang lebih dominan dari gelombang lain dan setiap gelombang itu mempunyai ciri-ciri tertentu.Keupayaan kita untuk sedar (fully alert) dan pengawalan kestabilan dalam keaadaan tersebut membolehkan kita mengenal potensi minda kita .insyaallah.

ALPHA (8-12hz ) alpha brainwave nih berkaitan dengan ketenangan (peace and relaxation).Brainwave ini akan bertukar kepada BETA (akan diceritakan kemudian) jika kita berasa tension,nervous.Sebenarnya bila kita tarik nafas besar dalam2,tutup mata ia akan dapat menaikan kembali gelombang ALPHA ini (kita relaks tetapi masih sedar) berbanding dengan frekuensi gelombang yang rendah THETA 4-7hz (awal2 tidur masih tidur ayam) dan DELTA 1-4hz (Deep sleep tidur nyenyak).Gelombang ALPHA nih penting ek dalam proses pembelajaran, mengurangkan stress+anxiety immune system dan ia membolehkan kita berfikir outside the box yang membolehkan kita menjadi lebih kreatif dan relaks.Subhannallah apa yang menariknya orang yang kuat berzikir,dan membaca Al-quran mempunyai gelombang ALPHA yang kuat dan stabil berbanding orang yang tidak mengamalkan zikir.Mungkin sebab itu orang2 tahfiz kuat hafalanya.
Apa yang terjadi bila orang kekurangan Alpha nih orang itu samaada akan ‘over thinking,adrenalin rush (takut macam kene kejar anjing),dan kepayahan dalam kosentrasi,insomnia,hypertension disebabkan peningkatan frekuensi gelombang (beta).Boleh juga menjadi kejatuhan frekuensi gelombang yang menyebabkan kita tidur THETA dan DELTA.Biasanya orang yang ade ADHD,Narcolepsy akan mengalami kejatuhan gelombang.

Macam mane nak kukuhkan gelombang ALPHA kita?
1-Zikirullah-subhanallah ajaib sungguh ciptaan Allah s.w.t dan ajaran yang disampaikan Rasulullah S.A.W memang terbukti yang zikir itu dapat menenangkan kita tanpa kita sedari sains disebalik islam itu sendiri
2-Tutup Mata Dan bayangkan-Jika kita boleh focus dalam jangka masa yang lama ujian (closed eye visualization) .Cuba bayangkan perkara yang kita bakal buat dalam hari ini contoh wat kueh raya berapa lama anda boleh bertahan dan berapa detail dan lengkap yang anda boleh imaginasikan.
3-Hypnotise diri sendiri-Hypnotize untuk relaks(DOWNLOAD SINI LAKUKANLAH DENGAN ZIKIR) dan target lower frekuensi minda kita ,dan beberapa cara lagi sila buat pembacaan sendiri ni yang popular jer.
Yang tadi tu cara yang elok ye - Yang x elok cara untuk relaks adalah seperti minum arak dan penggunaan dadah atau sedative seperti anaesthetic.

Terlalu banyak sangat dan kuat sangat gelombang alpha x baguz gak ia boleh menyebabkan kita day dreaming atau over imagined (dah kreatif sangat kan),penat (pasal susah nak kembali ke frekuensi rendah (THETA dan DELTA untuk tidur),Atau juga boleh menyebabkan kita rase xda benda yang exciting sebab kekurangan gelombang beta.Bagaimanapun kebanyakan masaalah ini dialami oleh golongan super genius macam William James Siddis ( kalau orang biasa macam penulis nih rasenya tiada masaalah kalau kita tinggkatkan gelombang lagi-lagi dengan cara berzikir)insyaallah.

THETA (4-7hz)-Seperti yang penulis cakap tadi theta adalah satu keadaan dimana kita masih awal atau tidur2 ayam,Kita akan mengalaminya semasa kita merelakskan minda dan fizikal kita.Tidak seperti Alpha yang lebih kepada gelombang untuk minda belajar.Gelombang theta menghubungkan minda dan emosi (bukan emo marah2 ek).Kajian yang dilakukan enunjukan kebanyakan artist seperti pelukis yang dapat mengolah dalam menyampaikan lukisannya penuh dramatik dan emosi mempunyai lebih gelombang THETA.Intuition atau kata dari hati adalah pemikiran yang depengaruhi oleh emosi juga merupakan gelombang theta.Orang-orang seperti designer,pelukis,artis,architect mempunyai gelombang theta yang lebih stabil daripada orang biasa.Kanak-kanak biasanya juga mempunyai gelombang theta yang banyak,kebolehan belajar berbahasa dan long term memory juga melibatkan adalah gelombang theta.Senang cerita Theta adalah minda separa sedar kita.Kalau terlalu banyak THETA kita mungkin akan mempunyai masaalah ADHD atau tidak boleh fokus.

DELTA (1-4hz)-Delta mempunyai cycling rate yang lebih rendah berbanding theta,ia dipancarkan oelh otak pada waktu tidur nyenyak (deep sleep )atau dalam keadaan tidak sedar bukan berdengkur tau (berdengkur disebabkan masaalah tertentu dalam pernafasan).Pada waktu ini kita mungkin mengalami REM (rapid eye movement) atau bermimpi.Dalam kajian yang ade penulis baca peningkatan gelombang theta oleh otak kita menyebabkan pengeluaran hormone tumbesaran,melatonin dan sel-sel muscle kita di baik pulih.Pengurangan kortisol yang terlibat dalam kawalan emosi juga berlaku.Seperti yang kita faham pengeluaran kortisol yang lebih boleh menyebabkan seseorang bereemosi,contonya ibu mengandung akan cepat marah (disebabkan oleh placenta yang mengeluarkan kortisol ) .Apa yang menarik adalah jika kita Berjaya sedar dalam keadaan delta iaitu satu keadaan OBE atau OOBE yang biasa dialami oleh advance meditator akan terjadi satu keaadaan paranormal yang berkaitan dengan spiritual.Bagaimanapun orang-orang yang mempunyai lebih Delta aktiviti memang kurang marah (hypothesis adalah kurang kortisol).FYI orang yang brain damage,coma juga direkodkan mempunyai aktiviti Delta yang tinggi.

BETA (12-38hz)-Dihasilkan di hemisphere otak kita,dan di synchronize ke bahagian lain.Bila kita menyelesaikan masaalah matematik ,puzzle,gelombang beta akan meningkat.Orang yang mempunyai BETA tinggi biasanya mempunyai I.Q tinggi dan dapat menyelesaikan masaalah dalam jangka masa yang cepat jika dia dapat mengawal keadaan tinggi itu (Macam kene pop quiz die on the spot boleh jawab disebabkan pressure tinggi dan dia masih dalam keadaan alert) bagaimanapun jika kita terlebih dari cope pengawalan kita,kita akan stress dan anxiety.Peningkatan gelombang Beta juga berkaitan dengan lebih tenaga dalam bentuk nervousness seperti sebelum exam gelombang beta akan tinggi.Orang seperti artikel writer,Lawyer,research conductor,Pengacara radio,talk show dan Gamers yang profesional didapati lebih banyak mempunyai keadaan Beta ini.Mereka dapat menggunakan sumber dari persekitaran dalam jangka masa yang cepat untuk mencari penyelesaian.Persoalan kelakar mana yang lebih bijak orang yang pandai menyampaikan(Beta) atau orang yang pandai pengetahuan (Alpha).Jawapan kita kena stabilkan keadaan ini.Latih diri kita untuk bercakap dan berilmu. :) insyaallah.

GAMMA (40-70hz)-Melibatkan perception keadaan dunia reality.Menggunakan keseluruhan otak  berdasarkan pengalaman,persekitaran untuk membuat keputusan dalam masa yang cepat.Istilah orang putih die laser like focus.Biasanya athlete yang perform perfectly mempunyai gamma yang tinggi.Contoh athlete yang dapat fullmarks dari judge atau yang perform perfectly.
Perlu diingatkan kita semua mempunyai gelombang-gelombang yang disebutkan,Cuma keupayaan kita untuk mengawal keaadaan  itu dan mencapai keaadaan itu pada masa yang sesuai .Bagaimanapun terdapat juga penyalah gunaan teknik ini untuk keaadaan-keadaan sperti “overimagination” imagine benda x elok,dan yang lebih menyedihkan penggabungan gunaan drugs dalam mengawal minda orang lain seperti project MKULTRA CIA yang menggunakan manusia sebagai subjek untuk kajian dan mempunyai matlamat yang tidak elok seperti membunuh (ala-ala cerita Bourne blackbriar dan treadstones) .Subhanallah

Sharing is caring

p/s-anda mestilah dalam keaadaan reklaks,berbaring di tempat yang agak sejuk tutup mata lembutkan kulit kepala dan jatukan sedikit jaw.paling penting sila gunakan earphone berkualiti tinggi dan berbaring untuk kesan yang lebih baik

'manusia tahu setiap pelusuk bahagian dalam otak tetapi tidak tahu bagaimana otak itu berfungsi sepenuhnya,

*kebanyakan maklumat adalah dari Class 3 paper dan pandangan profesional,dan maklumat yang diberikan tidak semestinya benar 100%

No comments:

Post a Comment