Cari

The Web Ask Diperantauan

Sunday, August 21, 2011

AGAMA KAMU BUKAN AGAMA KAMI !

Bertemu kembali untuk post ke-2, kesinambungan artikel Malaysia murtad (klik sini) yang saya buat pada sebelum ini,terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca,memberi komen dan mencetuskan idea untuk menyambung kembali isu yang telah dikupas sebelum ini.

Seperti yang saya telah kongsikan pada sebelum ini Allah s.w.t telah berfirman pada surah(Makkiyah)-109 Al-Kafirun dan mengadungi 6 ayat.Insyaallah pada hari ini penulis akan kongsikan latar belakang surah ini berdasarkan pandangan-pandangan orang terpelajar dalam islam(lihat sumber).Idea tercetus semasa semakan semula maksud surah ini sendiri dan terdapat sebuah kisah dalam tafsir Al-quran tersebut.

LATAR BELAKANG SURAH

Kisahnya,semasa Rasullullah s.a.w giat menjalankan aktiviti dakwah di makkah,seperti yang kita tahu kaum Quraisy tidak berhenti-henti menentang untuk menghentikan pengaruh islam yang kian lama semakin berkembang dengan pelbagai cara termasuk mengajak nabi Muhammad s.a.w. berkompromi dalam melaksanakan tuntutan ibadah.subhanallah.TAWARAN ini ialah JIKA RASULULLAH s.a.w bersedia menyembah tuhan mereka(Quraisy),mereka pun bersedia menyembah Allah s.w.t sebagaimana konsep islam.Petikan dari tafsir Mahmud Yunus…

“Ya Muhammad ikutlah agama kami,nanti kami ikut agamamu.Kamu sembah tuhan kami setahun dan kami sembah Tuhan kamu setahun pula”.Na’uzubillah kata Rasulullah s.a.w,aku berlindung pada Allah s.w.t dari perbuatan syirik .Kemudian turunlah surah Al-Kafirun ini.

Allah s.w.t menurunkan surah ini untuk menjawab tawaran mereka itu.Walaupun alasan mereka ingin mencipta hubungan yang harmoni namun niat mereka yang nak mencampuradukan islam dengan ideologi jahilliah mereka tidak boleh diterima!.subhanallah

TIADA KOMPROMI

Surah ini secara tegas melarang umat islam mencampur adukkan niat dengan yang lain dalam menyembah Allah s.w.t.Juga menolak sebarang perbuatan syirik kepada Allah s.w.t yang boleh menjejaskan konsep tauhid islam itu sendiri.Usul kaum Musyrikin itu ditolak oleh Nabi s.a.w kerana TIDAK MUNGKIN BAGINDA MENGGADAIKAN AGAMA DAN AQIDAH HANYA DEMI PERPADUAN.Malah tidak logik boleh terjadinya penyatuan islam dan agama lain.Setiap agama seperti yang kita ketahui adalah berbeza dari segi keyakinan,objektif dan perlaksanaan.Oleh sebab itu surah ini diturunkan bagi memberikan hukum yang bersifat “final” daripada Allah tentang pengharaman mengiktiraf fahaman selain daripada Islam.subhanallah.

Dalam ayat yang pertama dan kedua Allah mengingatkan Nabi s.a.wagar memberitahu secara tegas kepada kaum yang kafir bahawa Nabi s.a.w dan umat islam tidak akan berkompromi dengan mereka dalam perkara yang berkaitan dengan Akidah.subhanallah.

Ayat 7 surah Ibrahim.firman Allah s.w.t “Dan (ingatlah) ketika tuhan kamu memberitahu ,’demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahkan nikmat-ku kepada kamu .Dan demi sesunguhnya jika kamu kufur ingkar,sesungguhnya azab-ku amatlah keras.

KAMI DENGAN CARA KAMI

Dalam ayat ke-3,Allah s.w.t menegaskan kepada Rasulullah s.a.w sekaligus memberitahu para pemimpin Quraisy bahawa mereka sebenarnya tidak akan sanggup menyembah Allah dalam keadaan itu.Mereka hanya berpura-pura hendak mengajak berkompromi.Orang arab lain yang menyedari permainan mereka,akhirnya secara berdikit-dikit memasuki islam meninggalkan abu Jahal,Abu lahab dan yang sealiran dengannya.Dalam ayat yang ke-4 dan ke-5 lima pula mengulangi pendirian seperti yang dinyatakan sebelum ini. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat".

Dalam artikel Uztaz Hj.Zahazan Mohamed ada menceritakan pendapatnya keadaan pendirian umat islam konsisten dalam beribadah kepada Allah, berbanding golongan kafir yang menyembah hanya berdasarkan kehendak nafsu mereka sendiri.Barangkali sembahan mereka pada tahun ini berbeza dengan sembahan tahun lalu.subhanallah.

Menerusi ayat ke-23 surah al-Najm tentang kesesatan golongan kafir ini Allah berfirman, yang bermaksud “benda-benda yang kamu sembah itu tidaklain hanyalah nama-nama yang kamu dan nenek moyang kamu namakanya.Allah s.w.t tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkan sembahan mereka itu.Mereka berbuat demikian,tidak menurut melainkan sangkaan dan apa yang diinginkan hawa nafsunya.Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk daripada Tuhan mereka”.Subhanallah,message penulis pada post kali ini adalah kerisauan kewujudan golongan tertentu yang cuba menarik umat islam keluar daripada ajaran islam itu sendiri.subhanallah.Semoga Allah tetapkanlah iman kita dan dijauhilah kita dari sebarang perbuatan mungkar dan syirik serta dibukakanlah hati golongan-golongan yang melakukan kemungkaran dan kuatkanlah hati golongan-golongan daie(karkun) dalam penyebaran Islam. insyallah.

Sedikit pantun penutup kata …….

*apalah guna perpaduan(toleransi) yang dicapai ,Jika akidah kita tergadai

Al-quran dan sunnah kita baca,

Sirah Rasulullah s.aw tidak dilupa,

Apalah ertinya Islam hanya pada sekadar di nama,

Jikalau islam tidak menjadi cara hidup kita,

Sumber-Uztaz Hj.Zahazam Mohamed,Tafsir Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus,I love islam, dan para Islamic blogger.

p/s-sebarang teguran,pandangan,tentang cara penyampaian amatlah dialukan,ingin diingatkan niat utama penulis menulis artikel ini adalah ingin berkongsi dan mengingatkan diri sendiri dan sesame kita kerisauan tentang kewujudan golongan keluar islam(murtad) serta golongan liberal Islam yang membenarkan gejala ini.

No comments:

Post a Comment