Cari

The Web Ask Diperantauan

Friday, August 12, 2011

Soal Jodoh,Perlu Mencari atau berserah ? "2"



Assallamualaikum

Bertemu lagi untuk post kali ini,terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pembaca yang sudi membaca idea2 yang saya lontarkan pada sebelum ini.Disini ingin saya sambung kembali entri sebelum ini yang bertajuk Soal jodoh,perlu mencari atau berserah?.

…. Salah seorang rakan baik saya pernah bercerita tentang persepsinya terhadap cinta berubah sehingga sekarang oleh kerana uztazahnya berkata: ” kalau kamu sayangkan girlfriend (bakal pasangan) kamu, x perlu nak ucapkan cinta,sayang,I love u,miss you,engkau sahajalah idaman hatiku,bulan bintang menjadi saksi cinta kita, atau kata-kata cinta yang lain yang dianggap suci ! kita boleh lihat sendiri buktinya di facebook2 pasangan bercinta di alam maya. Ucapkanlah !! kalimah cinta tertinggi untuk seseorang pasangan kita di hadapan tok kadi berhadapan wali wanita itu,barulah terbukti cinta itu.insyaallah.Sama-samalah kita mengingatkan diri kita tentang perkara ini….insyaallah.

Janganlah kita terpengaruh dengan budaya barat yang mengangap perkahwinan itu “GAME OVER” .Ini dibuktikan dengan bila orang muda sebut je tentang kahwin,jodoh,bertunang sebilangan kecil masyarakat mula memperlekehkan dengan berkata,DAH GATAL SANGAT KE?,subhanallah.Mungkin kadang-kadang ia adalah satu gurauan, tapi untuk si pendengar yang mempunyai niat untuk berkahwin ia sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan yang bakal diambil samaada untuk berkahwin atau tidak.Alhamdulillah pernah juga penulis meminta pendapat kepada bapa penulis tentang perkahwinan dan kritikan positif diberi dan niat itu digalakan. :-) .

Seperti yang dijanjikan KAEDAH MENDEKATKAN JODOH (Dr fadzilah kamsah).

Kaedah ASAL ini ditulis oleh Dr fadzilah kamsah,pembaca boleh membacanya kolumnya solusi,penulis menyesuaikan idea, pengalaman dan pendapat penulis yang tidak seberapa pada entri ini.sekadar ingin berkongsi.dan menasihati diri sendiri.

TIPS-TIPS

1. BUKA HATI DAN MINDA UNTUK MENERIMA CINTA-Seperti yang telah diceritakan sebelum ini mencintai dan ingin dicintai adalah fitrah manusia dan kita sentiasa inginkan yang terbaik, namun jika ingin bercinta pastikan ia adalah cinta yang boleh menghampirkan diri kita dengan Allah.Oleh itu orang yang dah mampu dah ada kerjaya bukalah hati untuk bercinta jika ingin dicintai.Cinta akan dating kepada orang yang bersedia menerima cinta orang lain.insyaallah. *(pelajar 16 tahun,penganggur yang tidak mencari kerja bukan golongan yang bersedia.)

2. MEMBERI PANDANGAN MAKRIFAT –Kata-kata orang jiwang cinta bermula dari mata kemudian turun ke hati ,ya memang betul.Dr Fadzilah menyebut ,pandang sekali dengan pandangan makrifat adalah harus tetapi pandangan berlebihan membawa kepada dosa.subhanallah. Islam menyuruh umatnya menundukan pandangannya pada sesuatu yang diharamkan.Sama-samalah kita mengikut syariat yang telah ditetapkan islam ini semoga dijauhi kita dari perkara-perkara negatif.

3. FOKUS DAN TULUS KEPADA BAKAL PASANGAN-Fokus terhadap seseorang jangan mempermainkan perasaan orang.Kalau malu ingin menyatakan hasrat gunakan orang tengah sebagai perantaraan.contohnya ibu bapa,pensyarah (Dr nahlah pernah offer kepada batch 7-11 pada study week final year),atau pasangan sudah berkahwin yang boleh menjadi pendidik kepada bakal pasangan baru itu.Jangan gunakan sahabat kepada wanita itu,lame2 nanti jatuh hati pulak pada orang itu,atau timbul masaalah lain seperti cemburu,yang boleh meretakkan hubungan persahabatan mereka.subhanallah.

4. JANGAN LEWAT MENYATAKAN HASRAT DIHATI-Bagi penulis bukan untuk lelaki sahaja tetapi wanita juga,luahkanlah dengan mengambil kira sopan santun tanpa menjatuhkan maruah diri.Tiada istilah perigi cari timba dalam percintaan yang menghampirkan diri dengan Allah.insyaallah.Perempuan boleh menggunakan orang tengah dan Lelaki pula jangan terlalu lama berfikir kalau dah suka kepada seseorang perempuan, takut dikebas orang !.Penulis punya cara senang buat panggilan (Call bkn SMS) ringkas yang menyatakan hasrat dihati yang inginkan cinta yang membawa kepada ijab Kabul ,kalau perempuan tu kate ‘tidak’ atas sebab-sebab tertentu jangan dipaksa perempuan itu kerana mereka mempunyai hak terhadap diri mereka.Memang nampak macam ‘DUMB’ tetapi ini adalah lebih baik daripada mereka yang rapat bercinta tetapi tiada niat untuk berkahwin.Kalau perempuan itu kasi ‘hint’ contoh macam kite kawan dulu ke,family terima baru terima ke.then go on,USAHA !!!!..dan jangan dipandang perempuan lain,termasuk perempuan yang kita pernah suka.Insyaallah suatu hari nanti terbuka hatinya untuk menerima kita atas kesungguhan yang ditunjukan oleh kita sendiri.insyaallah

5. BERI TUMPUAN PADA PERSAMAAN DAN PERKARA YANG DISUKAI-Kalau kita berbual dengan bakal pasangan kita perlu pastikan perbualan itu terjadi dalam suasana yang tidak menimbulkan fitnah.(tempat ramai orang).Jangan seringkali membuat perkara-perkara lain seperti SMS semasa bakal pasangan bercerita dengan kita,membaca buku,menjawab telefon atau sesuatu perkara yang menunjukan pasangan itu tidak dihargai.Tunjukkan keserasian dan persamaan dengan menumpukan perbualan pada topic yang disukai,kalau xsuka pon belajar ingin menyukai perkara tersebut contohnya bakal pasangan suka bercerita tentang kereta,pelajari kereta-kereta.Insyaallah pasti terdetik dihati bakal pasangan anda tentang keserasiaan dan kefahaman kita dengan minatnya.komunikasi dengan mesra akan membuatkan orang mudah tertambat kepada kita.Tetapi jangan jadi playboy,semua nak di “ayat”nya.Jadikanlah bakal pasangan anda tampak istimewa sedikit.insyaallah terbuka hatinnya.

6. MUDAH MENCERITAKAN HAL PERIBADI-Hal peribadi yang diceritakan perlulah muhasabah dan tidak keterlaluan ataupun ingin menagih simpati pasangan.Namun perlu diingat berbual-bual tanpa tujuan boleh menimbulkan fitnah yang boleh menjadi racun hati.Suasana yang dimaksudkan mestilah berlandaskan syariat.Dengan melibatkan ramai orang ataupun ada mahram bersama.insyaallah Allah sentiasa di sisi kita.Insyaallah

7. MELAYANI BAKAL PASANGAN DENGAN MESRA-Ok kawan2 melayani dalam konteks ini adalah berlandaskan kaca mata agama,melayani adalah dengan menunjukkan penghormatan diri terhadap pasangan seperti sudah lama berkawan,JANGAN LAYAN PASANGAN ANDA SEPERTI DIA ANDA YANG PUNYA,layanlah dia seperti kawan anda dan seorang insan. Yang lain cume tunjukkan sedikit keistimewaan layanan itu .Jangan memaksa-maksa mereka contohnya ingin ditelefon sentiasa,ingin tahu setiap detik dan saat dimana bakal pasangan dan cemburu yang tidak bertempat.Semua itu boleh membawa salah faham.*ini teori-Apa yang saya lihat sendiri,ramai bakal pasangan yang terlalu rapat mudah bergaduh berbanding bakal pasangan yang biasa-biasa je yang hanya mengangap mereka sekadar kawan,mungkin pasangan yang rapat itu menggangap bakal pasangannya kepunyaannya tanpa berfikir yang mereka tiada apa2 hubungan yang sah sebenarnya pun.Ingatlah cinta sejati bermula selepas perkahwinan.insyaallah.

8. JANGAN TERLALU JUAL MAHAL-Orang wanita selalunya,mesti berhikmah dalam mempamerkan dirinya mempunyai maruah dan kualiti,Jangan ditolak mentah-mentah apabila dilamar,jikalau tidak suka kepada seseorang lelaki,maka berterus teranglah dengan baik dan berhikmah dan menyuruh lelaki tersebut memasrahkan harapan kepada Allah,Kalau dah jodoh x kemana,Hakikatnya Allah jualah yang menentukan titik pertemuan.SELAIN ITU WANITA PULA JANGAN TERLALU MENDAMBAKAN KASIH DARI LELAKI LANTARAN HATI SUDAH JATUH CINTA,PERLU BERTEGAS DAN MEMPUNYAI PENDIRIAN.Supaya lelaki lebih respect kepada diri kita.lagi 1 *JANGAN PULA “TERGEDIK-GEDIK” ingin dicintai lelaki kerana lelaki akan merasakan wanita seperti ini tiada kualiti dan murahan.Sekadar idea untuk kebaikan bersama yang menasihati diri ini juga.mudah-mudahan segala yang baik dapat diamalkan bersama.insyaallah.

Rasullullah S.A.W bersabda “Kasihilah apa yang ada di muka bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang berada dilangit”

JIKA INGIN DICINTAI OLEH MANUSIA PASTIKANLA ADALAH CINTA YANG BOLEH MENGHAMPIRKAN DIRI KITA DENGAN ALLAH S.W.T.Insyaallah

Segala yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri saya.

Terima kasih atas idea dan pendapat -,Zalikha,Fathi,Suhaidah(st reader).

1 comment: