Cari

The Web Ask Diperantauan

Thursday, August 25, 2011

Ayat Cinta Yang Tidak Jemu di baca

Assalamualaikum

Ayat Cinta Yang Tidak Jemu di baca

Bertemu kembali untuk post kali ini.Macam biasa bila sebut pasal cinta mula lah kita akan terbayang cinta kepada kekasih,suami ke isteri ker .Kadang gak ada orang anggap Cinta itu sebagai hina dan buruk kerana lazimnya orang bercinta hanya sekadar di lidah dan tidak dihati.

Tahukan anda bahawa perkataan Cinta banyak kali disebut di dalam al-quran dan Allah s.w.t amat mencintai kebaikan.OK bagaimana ingin kita mulakan cinta kita terhadap Allah?.Firman Allah, s.w.t Al-Imran 3:31 bermaksud “Katakanlah wahai Muhammad kepada kaummu;Jika kamu benar-benar mencintai Allah,Ikutilah aku,nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.’Allah maha pengampun lagi maha penyayang.

Tak kenal maka tidak cinta ,begitulah bunyi pepatah orang melayu yang sering dikaitkan dengan asas dalam percintaan.Jadi untuk mencintai Rasullullah s.a.w sudah tentu kita perlu mengenali Rasullullah dahulu.Sebenarnya Jalan pintas untuk mengenali Rasullullah s.a.w adalah dengan mengikut apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh baginda.Untuk mengetahui apakah yang dilarang kita perlullah membaca al-quran.

Al-quran merupakan surat cinta dari Allah buat hambanya.setiap patah perkataan membawa message tertentu yang amat berkait rapat dengan kehidupan manusia.Tetapi membaca sahaja tanpa mengetahui maksudnya menyebabkan mesej yang disampaikan tidak kesampaian.Penulis sendiri mengalami keadaan ini sudah beberapa kali khatam membaca al-quran tetapi jiwa merasa kosong.Kadang-kadang terfikir gak surah yang aku hafal panjang-panjang ni apa gunanya kalau aku x tahu maksudnya, Alhamdulillah semenjak 2 tahun yang lepas penulis membaca kembali dari awal tafsir al-quran dan ternyata ia lebih memberi kesan dan penulis dapat mengetahui kisah-kisah umat zaman terdahulu seperti kisah kaum bani Israel yang banyak disebutkan dalam surah Al-Baqarah.Pembaca semua boleh mencuba membaca Al-quran berserta tafsirnya nescaya terlalu banyak benda yang boleh kita renungkan daripada membaca al-quran tanpa mengetahui maksudnya.

Teringat penulis kepada sebuah kajian kumpulan bebas yang mengkaji tentang Illuminati,new world oder dalam siri “the arrival” oleh noreagea. Dia ada berkata dalam ideannya yang pihak Kafir laknantullah merancang ingin memusnahkan Al-quran dari diri umat islam tanpa membakarnya.Apakah maksud dari ayat ini fikir-fikirkanlah !.

Kenapa tidak membaca Al-quran seprti surat cinta?Kenapa membaca al-quran sambil lewa?.Gelagat yang penulis sakisikan dan alami sendiri adalah orang melayu kita sibuk membaca al-quran asal boleh khatam segera.Pada pandangan penulis mungkin ayat-ayat dalam Al-quran itu boleh dikhatamkan dalam bulan Ramadhan ini tetapi mesej dalam Al-quran itu dapatkah kita khatamkan?.Nasihat ini untuk diri penulis juga.insyaallah

Al-Quran bukan sekadar hanya dibaca,Ia untuk mesti dihayati ..

p/s-insyaallah tidak berapa lama lagi penulis akan berkongsi tetang gelombang minda pada post seterusnya

2 comments:

  1. ayat2 alquran mmg ayat ayat cinta dr Allah.. bile down buka Quran terus rasa tenang! masyaAllah

    ReplyDelete
  2. itulah,memang sepatutnya kita akan rasa tenang,tapi lagi elok kita belaja maksud dan cerita disebalik ayat tersebut,credit to imam surau kiyai abu hassan yang mengajak orang2 membaca al-quran supaya mengetahui maksudnya.

    ReplyDelete