Cari

The Web Ask Diperantauan

Thursday, September 29, 2011

Menghadapi Munafik

Assalamualaikum

Ini adalah kesinambungan artikel lain di mulut,lain di hati


Kehidupan diri kita hari ini memang dikelilingi oleh orang yang bersikap munafik nih,bahkan diri kita sendiri pun tidak lari dari melakukan kesilapan dengan menyerupai sikap ini,sama2 lah kita mengingatkan diri kita tentang sikap ini semoga kita cepat kembali ke pangkal jalan apabila kita melakukan kesalahan.Insyaallah.Allah maha pengampun.Ingin ditafsirkan sekali lagi tentang munafik ini maksudnya-apabila berkata-kata ia berdusta,apabila berjanji ia mengingkarinya dan apabila diberikan amanah ia mengingkarinya.


Bagaimana menghadapi mereka? 

CIRI-CIRI MUNAFIK


Pertama sekali kita hendaklah bergantung kepada Allah


Kita tidak seharusnya menuruti kehendak orang yang hipokrit ini.Kita seharusnya tidak perlu bimbang dengan ancaman mereka dan bertawakal kepada Allah s.w.t secara total.insyaallah kita akan dijauhi oleh golongan ini.Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-ahzab 33:48 

“dan janganlah kamu menuruti kehendak orang kafir dan munafik itu.Janganlah kamu hiraukan celaan mereka dan bertawakallah kepada Allah.Dan cukuplah Allah sebagai pelindung (yang menyelamatkan kamu)".


Contoh yang paling ketara adalah kes pelacuran di Negara kita,kita tengok banyak luahan pelacur(hipokrit) yang ditangkap disiarkan di surat khabar dan ada diantara mereka adalah pelajar di institusi pengajian tinggi.Oleh kerana tidak mencukupi wang mereka “terpaksa” melakukan perkara ini dalam menampung kos pendidikan (ini adalah contoh apabila berkata-kata ia berdusta).Dalam konteks kes macam ini penulis merasakan mereka bukan tidak mencukupi tetapi tamak dan inginkan jalan pintas dalam memperoleh sesuatu dan ingin hidup bermegah-megahan.Sedih kadang-kadang melihat anak jati Islam boleh terlibat dalam kancah maksiat ini,Perkara ini turut diluahkan oleh polis2 D7 pegawai jabatan pencegahan maksiat yang kadang-kala tutup mata sahaja melepaskan pelajar2 yang ditangkap di pusat hiburan melakukan perkara sumbang ini dengan harapan mereka serik dan tidak melakukan kembali perkara tersebut.Namun kadang-kala ada yang jenis x makan saman dan langsung tidak takut akan hukuman Allah dan melakukan kembali perkara tersebut.Malah ada yang turut merasakan Islam itu mengkongkong dalam kehidupan mereka menyebabkan ada diatara mereka memilih murtad.Subhanallah semoga kita dijauhi dari perkara ini.


Elak dari bersekongkol


Kita janganlah dengan mudah menuruti segala kehendak mereka dengan alasan mereka berkuasa.Teringat penulis dalam siri Halaqah TV 9 temubual dengan pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Dia ada berkata kebanyakan penerima rasuah mempunyai pangkat atau harta yang lebih kecil berbanding pemberi rasuah namun mereka mempunyai kuasa untuk memberikan manfaat kepada pemberi rasuah(ini adalah contoh apabila diberikan amanah ia mengingkarinya) .Apa yang berlaku oleh kerana tekanan ekonomi,isteri ingin benda2 yang diluar kemampuan suami,ingin kaya cepat dan lain-lain sebab yang kebendaan sesuatu proses rasuah itu terjadi.subhanallah.

Janganlah kerana wang dunia kita masuk ke neraka.Janganlah kita lebih takut kepada mereka berbanding dengan Allah dan janganlah diberikan mereka peluang dan ruang meningkatkan lagi sifat hipokrit dan keegoaan mereka sehingga mereka terlupa kepada kekuasaan Allah.Bak kata bapa penulis hidup susah itu bukan ditafsirkan dengan kekurangan kebendaan hidup susah ditafsirkan dengan kekurangan nilai dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.Ambil contoh orang Asli yang tinggal di hutan mereka tidak merasakan diri mereka susah mereka boleh tertawa dan menjalani hidup mereka dengan secara kebiasaannya.Sama juga seperti penulis tengok orang-orang kampung yang berumur rumah buruk,hidup ala kadar,makan tidak seberapa tetapi mereka mempunyai keluarga yang besar dan bersauadara sesame mereka dan boleh hidup bergelak ketawa dan bermasyarakat tanpa merasa malu dan rendah diri.Berbanding orang keluarga kaya yang selalu berkancah bersama saudara sendiri terutamanya dalam perebutan harta warisan,perniagaan dan lain2.Alangkah baik kalau kekayaan itu dikongsi bersama.Bak kate orang x di bawak kemati duit itu.

Rasuah


Pengarah SPRM tersebut juga ada berkata (sambil tersedu menangis) tahukah anda balasang rasuah bukan hanya di dunia sahaja malah ia turut di balas di hari kelak.Rasuah salah guna kuasa kesannya bukan terhadap diri kita dan keluarga malah terhadap masyarakat dan Negara.Seperti yang banyak kita lihat projek2 terbengkalai ,bangunan runtuh,banjir semuanya adalah disebabkan oleh ketidak amanahan seseorang pemegang kuasa.Dan akhirnya masyarakat juga yang menampung kesusahan demi kesenangan penerima rasuah.Dalam sesi Halaqah tersebut dia juga mencadangkan doa memohon sambil mengingatkan diri kita “ya Allah ya tuhanku jauhkanlah aku dan keluargaku dari rezeki yang haram dan kuatkanlah semangat kami berlapar dari memakan rezeki yang haram semoga hidup kami sekeluarga penuh keberkatan”.amin insyaallah.


Bersikap keras (bukan ganas/kasar)


Kita janganlah lembik dan hanya menuruti sahaja kehendak mereka,Hendaklah kita bekeras dan menunjukkan kita mempunyai prinsip hidup dalam diri kita yang berlandaskan syariat.Kita tidak perlu akur membabi buta.Hendaklah kita membuat penilaian dalam membuat sesuatu keputusan,apalah ertinya keputusan kalau tiada penilaian (betul x) .Lebih keras lagi ,kita patut melawan mereka sampai ke tahap kritikal seperti mereka yang melakukan maksiat.Dalam firman Allah surah al-tawbah 9:73  

“wahai nabi ,berhijadah (melawan) orang kafir yang munafik itu dan bersikap keraslah terhadap mereka.Tempat mereka adalah neraka jahanam.Dan itulah tempat kembali seburuk-buruknya”. 


Ingatlah Allah sangat membenci orang yang memiliki sifat seperti golongan munafik ,pandai memainkan kata-kata manis di hadapan tetapi penuh kebencian di belakang.Bagi mereka yang terpaksa bergaul dalam golongan ini janganlah takut dan bimbang kerana kebergantungan kita hanya pada Allah. Insyaallah.Haruslah kita mengutamakan perintah Allah daripada menuruti kehendak mereka.Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang2 bertakwa.Insyaallah


Buah bidara di pinggir kota
Di petik mentah sang teruna
Tiada apalah dibenci manusia
Jikalau kita mengikut syariatnya

No comments:

Post a Comment