Cari

The Web Ask Diperantauan

Monday, September 26, 2011

Bidang Farmasi Malap (Industry)

Assalamualaikum

Hari ni penulis ingin berkongsikan kerjaya dalam bidang farmasi di Malaysia berdasarkan pengalaman penulis yang tidak seberapa.Sepanjang pengajian penulis pernah berpraktikal untuk pembelajaran klinikal di hospital Selayang dan Sg Buloh,dalam Sektor industry pulak di Pharmaniaga lifescience dalam pebuatan SVI (small volume injection) atau dikenali sebagai vial la orang2 hospital cakap.Dalam retail pulak penulis pernah berpraktikal di Alpha Pharmacy.

Penulis membuat post ini kerana tersentak dengan beberapa salah faham yang dilontarkan oleh penulis lain di dalam akhbar tentang bidang farmasi di Malaysia.KLIK SINI dan SINI .Spesifik kali ini penulis ingin berkongsi bidang farmasi dalam sektor industry di Malaysia.Insyaallah.

Penulisan ini dengan bangganya disemak oleh Prof.Dr.Mohamed Mansor Manan (leh google nama dia) di dalam report industry penulis semasa berpraktikal.Antara department-department yang penulis singgah adalah Manufacturing,Quality control (QC),Quality Assurance(QA), dan Sterility Assurance(SA) dan setiap bahagian adalah selama dua minggu.

MANUFACTURING (Pembuatan)

Unclasified area,


Nak menceritakan betapa kurangnya Pharmacist di kilang kat kilang nih Cuma ade 2 orang pharmacist (sekarang xpasti berapa).Diketuai oleh pharmacist dari luar Negara yang berpengalaman dalam ‘setup plant’ Hizbullah khan.Menariknya supervisor penulis nih dia sangat pandai melukis blueprint machine2 dan pengetahuan die dalam SARs (structure activity related) mmg superb.Ala-ala supervisor FYP penulis Prof Weber .Sepatutnya kat setiap department diketuai oleh seorang pharmacist.Namun kat Malaysia nih biasanya kilang-kilang Ubat hanya department production dan sales jer diketuai oleh pharmacist bahkan ada sesetengah kilang kecil xda pharmacist pon.Kat dalam sektor industry nih pharmacist yang biasanya mereka mahukan adalah pharmacist yang dari Biro Pengawalan Faseutikal Kebangsaan (BPFK atau NPCB) sebab diorang ada pengalaman terutamanya dalam undang-undang pharmaceutikal. Jika anda berniat untuk keluar dari government dan join Industry masuklah BPFK selepas PRP anda dan ambillah pengalaman di BPFK.Dah abes kontrak tu leh la apply kat kilang-kilang pharmaceutical.Anda bagai pisang goreng panas di pasaran percayalah.Dan kemudahan yang mereka tawarkan sangatlah menarik. :).

Kat department manufacturing Pharmaniaga nih adalah ‘clean area’ ada spesifikasi tertentu ade bahagian yang dipanggil unclassified ,gred C clean area,gred B ,dang gred A clean area ,semua ini adalah sebahagian dari GMP.Cerita kat sini..hurm nak  berjalan kat kawasan2 clean area nih xleh laju2 sebab partikel akan naik,suhu sejuk 16 celcius,tangan kne sentiasa sanitize,oksigen kurang dan yang paling parah sekali kne pakai jumpsuit setiap masa ala2 kat bulan gitu.Semua yang dilakukan ini adalah untuk mengelakkan contamination ,degradation ,oxidation dan segala macam proses yang boleh menyebabkan produk tidak selamat.Semua perkara dalam kilang nih dilakukan mengikut SOP untuk memastikan hasil yang dilakukan berkualiti.Dalam banyak2 department,deparment nih la yang paling penat sekali tetapi yang paling menarik.leh tgk video yang penulis yang tah pape nih.Yang pakai baju lapisan kedua (biru) adalah gred c dan keatas.Bagi sesiapa yang kat hospital dispense CDR ngan TPN tu pakaian lebih kurang sama.Yang paling jelas berbeza adalah cara orang di industrty bertindak dan membuat keptusan adalah berdasarkan 6 SIGMA (KLIK SINI)  compare ngan orang di hospital 5S dan berdasarkan pihak atasan.

Manufacturing nih gak termasuk dalam Engineering department,kat sini adelah penulis ikut proses nak calibrated pressure dalam room,angin keluar masuk,MVAC dan HVAC. 


QUALITY CONTROL (QC)

Kat kualiti control nih banyak bermain ngan dokumen dan pelbagai uji kaji ,Dari starting material macam powder ker dan WFI (water for injection) .Kat sini kami menguji dari dua aspek iaitu Qualitative(identification) dan Quantitative (tecnique). Nak cerita pasal pembuatan WFI nih ala2 air ECPI cume air nih sentiasa panas (tidak kurang dari 80 celcius) nak elak pembetukan bakteria.Proses utama  yang terlibat adelah proses Reverse Membrane Osmosis,Electrodionization,Ultra filtration.So kerja penulis kat QC nih awal2 ambik sampel kat checkpoint (ade 14 checkpoint) dan growkan kat petri disk (potato agar) nak tgk ade bakteria tak dalam proses validation.Kalau ade bakteria proses untuk pembuatan tidak akan dimulakan.Selain itu gak kat sini wat testing bahan-bahan yang digunakan gne testing macam HPLC,FTIR,IR,TOC,Spectro analysis, hurm banyak la plak nak tulis..lagi Chromatographic Separation,GLC dan macam2 lagi,Leh bace kat buku pharmaceutical analysis .SINI adalah contohnya ,cume kalau proses sterile nih lagi kritikal dari segala aspek.

QUALITY ASSURANCE

Kat QA nih ,memang seratus peratus bermain dengan dokumen terutamnya dalam proses validation SOP,  penyemakan dan penyimpanan dokumen.Pihak QA lah yang akan bertanggung jawab semasa BPFK datang menyemak kilang untuk memastikan keselamatan produk.QA juga bertanggung jawab samaada untuk melepaskan produk atau tidak ke pasaran berdasarkan info dari SA,QC dan production.QA nih macam polis la kat kilang nih.Kat sini adalah department yang paling stress(saje tambah efek) penulis rasa .Penulis nih allergic sikit kalau nak menulis ngan nak semak2 document.Lagi-lagi time penulis kat department nih ada proses mock penyemakan document ala-ala BPFK hah 2 hari lari sane sini balik kul 830 malam, ambik document susun document,salin coment.Tapi kat sini lah yang paling banyak belajar benda semua blue print,SOP,proses validation,system validation kena semak.

STERILLITY ASSURANCE (SA)

Kat sini memang rase macam mikrobiologist,semuanya cerita pasal pengawalan bakteria dalam kilang dari enviroment pembuatan,produk,dan kebersihan machine2 yang digunakan darilah incoming material,starting material,in-process material,dan finished product.Semua sample penulis ambil.Yang paling best enviroment monitoring,ambil sample kat tangan2 pekerja di production,kat badan dan untuk gred A hampir semua tempat di badan diambil sample.

So nak cerita kat sini adakah pharmacist cukup di industry?jawapannya sama sekali tidak,So adakah bidang farmasi malap? jawapanya adalah tidak memandangkan masih ada kilang ubat sendiri yang tiada kepakaran pharmacist di dalamnya.Pharmaniaga sendiri terutamanya dalam bidang reseacrch drug discovery dan pembuatan generic (PRC-Pharmaniaga reseacrh centre) masih kekurangan pharmacist yang berkepakaran dalam bidang identification,pharmaconogsy dan apa yang mereka buat adalah mengadakan kerjasama dengan pihak universiti dalam meminjam kepakaran.Kita malaysia belum sampai tahap kilang seperti Pfizer,GSK,bahkan kilang2 pharmaceutical malaysia kalau dikutkan masih seperti bayi lagi.Kita masih belum pernah menghasilkan sejenis ubat baru yang pernah didaftarkan di FDA.Jadi pandangan yang dilontarkan bidang farmasi itu malap adalah satu pandangan serong yang berunsurkan bias dan ia adalah sesuatu yang tidak wajar.

sekian cerita di industry.Assalamualaikum

DOWNLOAD
Report industry penulis



2 comments:

  1. x de pun mat sapri report industri
    boleh tlg email tak
    bagurazaki@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Hi boleh saya tahu, gaji pharmacy industry range berapa

    ReplyDelete