Cari

The Web Ask Diperantauan

Thursday, September 22, 2011

Awas dosa berganda !!

Assalamualaikum

solusi 35 sihat tanpa maksiat 

Sementara menunggu beberapa artikel saya dalam semakan, hari ini suka saya berkongsi satu artikel yang dipetik dari solusi sepenuhnya.Ia adalah mengenai dosa kecil secara ringkasnya.
Walaupun terdapat perbezaan antara dosa besar atau dosa kecil,seseorang itu tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan dosa kecil tersebut.AWAS kerana apabila dosa-dosa kecil dilakukan,ia akan menjadi berganda seterusnya menjadi dosa besar!

PERTUKARAN INI BERLAKU APABILA

1-Melakukan sesuatu dosa secara berulang-ulang dan terus menerus walaupun ia dosa kecil.Sesungguhnya ,hanya perkara baik sahaja yang boleh dilakukan secara berterusan walaupun sedikit.

2-Sesuatu dosa itu dianggap sebagai perkara remeh.Jangan pernah sesekali mengatakan bahawa dosa itu sebagai perkara remeh walaupun ia kecil.Kerana Allah itu maha besar lagi agung.

3-Timbul rasa bangga kerana dapat melakukan dosa tersebut.Walaupun tahu perkara tersebut dosa,seseorang bangga melakukannya.Dia tidak sedar bahawa dia akan mendapat balasan buruk dari Allah.

4-Tertipu dengan nikmat yang Allah kurniakan.Inilah istidraj iaitu seseorang yang diberi nikmat oleh Allah,namun masih kekal melakukan dosa dengan perasaan aman dan tenteram.

5-Tidak segan silu memberitahu orang lain akan dosa yang dilakukan.Seseorang yang bersikap seperti inisebenarnya telah memalukan dirinya sendiri bukan sahaja di hadapan manusia,bahkan di hadapan Allah.

6-Dosa yang dilakukan oleh seorang ulama atau tokoh dan menyebabkan ramai pengikut turut melakukannya.Oleh sebab itu ,ajarkanlah perkara yang benar dan tepat berlandaskan syariat Allah.

Sharing is caring 

p/s-penulis sangat menggalakan para pelajar supaya membeli majalah SOLUSI sebagai santapan minda dalam menambah ilmu agama.Penulis mengikut majalah ini dari siri ke 8 dan sedang mencari kembali edisi yang sebelumnya merasakan ia adalah majalah wajib baca setiap bulan...kalau rasa berat kongsi la dengan kawan-kawan beli,kalau rase tiada duet,pergilah ke mana-mana perpustakaan PPAS,penulis dapati mereka melanggani majalah ini..baca dulu baru tahu..semoga bertemu kembali

No comments:

Post a Comment