Cari

The Web Ask Diperantauan

Monday, September 12, 2011

Lain di mulut + Lain dihati = Mengumpat + Menipu

Assalamualaikum

Pernah jumpa orang yang cakap lain tapi buat lain,atau sekadar hanya bermanis mulut tanam tebu kat pinggir bibir.Mesti pernahkan,atau kita sendiri buat macam itu,penulis juga rasanya pernah buat kesilapan ini,dan hari ini sebagai peringatan untuk diri sendiri juga penulis menulis entry ini.


Biasanya kita menilai orang nih daripada percakapan dia dan penampilan dia,bukan daripada perlakuan dia.contohnya lelaki (berkahwin) kasanova yang sering memuji-muji wanita disekelilingnya dengan pujian-pujian atas niat-nat tertentu .Ok apakah pandangan kita kalau orang tu kata "datanglah ke pejabat saya,pintu sentiasa terbuka,jangan malu,jangan segan" dikhalayak ramai.Sedap hati mendengarnya kan,"Bersatu kita teguh bercerai kita roboh !!" waa semangat kita nak bersatu.Kalau semua percakapan sama dengan perbuatan tidak mengapa,tetapi malangnya lain pula perbuatanya.

Biasanya perbuatan seperti ini hanya untuk mendapatkan persepsi positif dari orang disekelilingnya serta pandangan baik orang sekeliling.Ini terutamanya berlaku dalam percanggahan pendapat ,manifesto ,janji. iklan,dan promosi barang.Penulis sedar keadaan ini terutamanya dari pemimpin dari sekecil2 MPP hinggalah sebesar-besar ahli parlimen (sorry to say  ini hanya untuk kepada yang terlibat sahaja dan ingatan ini untuk penulis juga) yang kononya profesional dalam membuat keputusan dan menerima pendapat umum.

Tetapi apabila kita berjumpa atau berdiskusi dengannya untuk mengutarakan pendapat,berhujah atau sebagainya,kita akan dipandang serong,dicurigai,dan dikatakan negatif,digelar pembangkang,berhaluan kiri,memecah belahkan kumpulan dan sebagainya.

Kata-kata yang biasa kita dengar adalah ,"saya ikhlas terima kritikan anda","saya terima dengan hati yang terbuka","Kritikan awak sangat membina",dan ungkapan lain yang sewaktu dengannya.Persoalannya adakah ungkapan ini benar-benar ikhlas datang dari lubuk hati ?.Amat menyedihkan kalau kata ini hanya dijadikan sebagai pemikat untuk menyedapkan telinga orang yang mendengarnya a.k.a lain di mulut lain dihati.Macam mana nak tahu lain dimulut lain dihati adalah seperti yang saya cakap tadi kita akan digelar negatif,pembangkang, memecahbelahkan dan sebagainya.Kata-kata sebelum ini hanyalah bertujuan untuk menunjukan mereka berhati budi yang sangat baik sedangkan hakikatnya tidak seperti yang diungkapkan.semoga kita dijauhi dari sifat ini.insyaallah.

Suka saya memetik dari artikel yang dikarang oleh Uztaz Hj Zainudin Ali yang mengatakan manusia bersikap sebegini kerana hatinya tidak ikhlas berpunca dari rasa sombong,ego dan bangga diri,hipokrit dan banyak lagi penyakit hati (bukan cirhosis ek tu memang hati yang sakit).Kedudukan,kuasa dan pangkat juga banyak mempengaruhi manusia untuk bersifat "cakap x serupa bikin".Mereka berpura-pura jujur dihadapan kita bersifat "telunjuk lurus kelengkeng berkait". 

Adalah lebih baik kita meluahkan apa perasaan dihati kita dihadapan orang tersebut tentang sesuatu keputusan,pandangan atau pendapat,idea dan sebagainya daripada kita berdiam diri atau bersetuju bulat-bulat dan kemudian mengumpat keputusan tersebut di kumpulan yang lain.kan dah dapat dosa mengumpat pulak .subhanallah.

Ingatan ini adalah untuk penulis,dan penulis juga takut mempunyai sifat seperti ini.Kadang-kadang terdetik dihati jugak kita menasihat orang tetapi diri kita?.Sedikit pandangan dari penulis jikalau seseorang mengatakan kita tidak cantik janganlah dimarah orang itu kerana sifat itu adalah milik Allah,dan jikalau seseorang itu berkata "dont be afraid man,be brave" atau seumpama dengannya anggaplah itu sebagai kritikan membina dan bukanya umpatan. 

Umpatan adalah sesuatu lihat sini  kamu sebut saudara kamu itu dengan apa yang dibenci oleh kamu dibelakang dia.Mengumpat dan contohnya -ali,abu dan siti sedang bersembang dan tiba-tiba lalu Ismail dihadapan mereka dan ali berkata tengok tu ismail perut dia buncit.Ini adalah situasi mengumpat. Itu adalah contoh kecil mengumpat bagaimana pula kalau si Ali "hei kamu tahu isteri si ismail tu fatimah jalang orangnya".Walaupun contohnya perkara yang kita katakan itu benar contoh sebelum tadi iaitu "perut ali buncit " ia tetap dikira mengumpat juga berdasarkan hadis ,

Bertanyakan seseorang kepada "Ya Rasullullah s.a.w khabarkan kepada hamba jika ada apa yang hamba sebutkan kepada orang yang sifatnya yang dibenci itu ada pada orang tersebut?adakah namanya hamba mengumpat juga?" Bila ditanya tentang itu maka dijawab oleh Nabi Muhammad s.a.w "Jika ada pada orang itu apa yang kamu kata dibelakangnya maka sesungguhnya itulah mengumpat namanya,maka bertemulah engkau seseorang pengumpat dan kalau yang dikata itu tiada pada dia maka sesungguhnya telah engkau ada-adakan dan engkau bohong akan dia" Al-Tarmizi Berdasarkan ceramah Uztaz Shamsuri 

dan jika cerita tetang kejalangan isteri Ismail itu adalah bohong dan maka alitelah mengada-adakan cerita dan berbohong.Mengumpat (perut buncit) + Bohong (Isteri Jalang).dan bagaimana pula mengumpat depan-depan muka? 

dari Imam Nawawi dalam syaraf muslim "Mengumpat itu menyebut dan mengata orang di belakang matanya dengan perkara yang tidak disukainya.Seperti dalam misal sebelum ini dan jika menyebut dan mengata yang hodoh didepanya dan di mukanya maka itu juga dipanggil (buhtun) bohong maka keduanya itu haram belaka" Depan pun tidak boleh nak mengata,belakang pun tidak boleh nak mengata. 

maksudnya Jika Ali secara depan-depan memberitahu Ismail "perut engkau buncit" iaitu sesuatu yang tidak disukai Ismail adalah tidak dibenarkan sebab Islam mengajar kita memelihara air muka orang.Kalau nak kata mempunyai cara yang tersendiri iaitu secara personal bukan dihadapan Abu dan Siti.(lihat video untuk kefahaman yang jitu)

Perbuatan mengumpat ini bukan sahaja dapat menukarkan persepsi kita kepada negatif terhadap keluarga Fatimah dan Ismail malah dapat memecah belahkan sesuatu hubungan persaudaraan.Ini adalah barah dalam membentuk perpaduan dalam islam dan sebab itu Islam sekerasnya melarang perbuatan keji ini.subhanallah.Sebab itu ada pepatah berkata "ada mulut diam" supaya kita terpelihara dari dosa mulut.

Bagaimanapun terdapat mengumpat yang dibolehkan

1-Kes penganiayaan.-Dibolehkan kepada orang yang dianiaya untuk mengadu kepada pihak berkuasa seperti Sultan, Qadhi atau lain-lain pihak yang mempunyai kuasa untuk memberi keinsafan dan kesedaran kepada orang yang menganiaya itu. Umpamanya: Si Polan itu telah menganiaya saya begini dan begitu.Juga kita mengumpat tidakan regim zionis terhadap penduduk Palestin.subhanallah.

2-Mohon bantuan cegah kemungkaran-Umpamanya seseorang berkata kepada pihak polis atau bahagian pencegah maksiat (JAIS): Si Polan itu telah berbuat perkara sumbang, tolong tuan cegah perkara tersebut. Maksud orang itu ialah menjadikan pihak berkuasa sebagai orang tengah untuk mencegah kemungkaran. Tetapi jika tidak dengan maksud itu maka hukumnya adalah haram. 

3-Minta fatwa-Umpamanya ia berkata kepada mufti atau orang yang dipercayai boleh memberi fatwa: Ayah saya atau saudara saya atau suami saya telah menganiaya saya, adakah dia boleh berbuat demikian terhadap saya, bagaimana cara supaya saya dapat terhindar dari penganiayaannya. Perkara ini dibolehkan kerana hajat. Tetapi adalah lebih baik sekiranya dengan cara sindiran sudah tercapai tujuannya. Namun demikian menyebut nama orang yang menzalimi adalah dibolehkan sebagaimana dalam kisah penganian diatas.(no 1)

4-Mengajak muslimin bersifat berhati-hati-Umpamanya: Kita menyebut tentang keaiban periwayat hadis seperti si polan pendusta, tidak amanah, kurang kuat ingatannya dan lain-lain. Perkara ini dibolehkan kerana tujuan kita berbuat demikian semata mata ingin menjaga keaslian hadis Rasulullah saw. Sebab tanpa berbuat demikian maka akan terdedahlah hadis Rasul saw dengan pemalsuan. Atau paling kurang supaya orang ramai jangan sampai menyangka hadis hadis tersebut sebagai hadis yang sahih. Apalagi jika orang berkenaan sememangnya orang yang suka memalsukan hadis. Dan menyatakan keaiban orang lain ini juga boleh jika kita diminta pandangan tentang peribadi seseorang yang akan menjadi rakan kongsi perniagaan , atau menitipkan amanah , atau urusan perkahwinan , demikian juga tentang berjiran dan sebagainya.

5-Jika melakukan maksiat terang-terangan-Umpamanya: Minum arak secara terang terangan atau seorang guru agama yang mengajar ajaran-ajaran sesat seperti syirik dan bid’ah atau bomoh dan dukun yang menggunakan amalan amalan syirik. Kita diperbolehkan menyebut keburukan atau keaiban orang orang berkenaan supaya muslimin yang lain dapat sentiasa waspada dan tidak terpedaya oleh mereka. Tetapi dalam hal ini kita tidak boleh menceritakan cela mereka yang lain kecuali ada sebab-sebab lain yang membolehkannya sebagaimana tersebut diatas.

6-Tanda pengenalan-Andaikata seseorang dikenal dengan gelaran tertentu. Umpamanya: Mamat Pincang, Jali Sumbing, Enon Gendut dan lain-lain maka dibolehkan kita menyebut sifat-sifat tersebut tetapi dengan syarat tidak dengan nada atau tujuan menghina dan merendah rendahkan. Andaikata orang tersebut sudah dapat dikenal tanpa menggunakan gelaran-gelaran diatas maka itu adalah lebih baik.
...................................................... 

Sikap mengumpat dan berbohong ini adalah salah satu sifat sikap golongan munafik iaitu berkata-kata tetapi berdusta.Post seterusnya masih dalam semakan membincangkan tetang cara menghadapi golongan ini.insyaallah.

"Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah kamu mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya, dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya" - (Hadis riwayat at-Tirmidzi). 

wassalam.semoga bertemu kembali

No comments:

Post a Comment