Cari

The Web Ask Diperantauan

Saturday, September 10, 2011

BERSATULAH WAHAI PEMIMPIN



Assalamualaikum w.b.t.Hari ini adalah 11/9/11 ulang tahun ke-10 dunia Islam dilabel sebagai pengganas.Sedih x? Tiada niat dihati ingin bercerita tentang politik Malaysia,cume ingin berkongsikan pendapat terhadap sistem politik yang mana mungkin dapat mengekalkan kemerdekaan yang dikecapi setelah setengah abad kita perolehi.

Kalau semua pemimpin berpolitik secara Islam nescaya gelaran medan politik yang digemburkan sebagai ‘the dirty game’ mampu dibersihkan.Sifat islam adalah seperti air mutlak iaitu bersih dan membersihkan jadi adalah wajar ahli politik mengikut landas2 dan cara-cara islam dalam berpolitik.Hal ini juga bukan hanya sekadar untuk ahli politik bahkan semua orang yang terlibat dalam sistem tersebut.Melalui sedikit pembacaan yang dibuat dapatlah diulas POLITIK tidak mempunyai hati dan perasaan kasih sayang. Semuanya adalah berkisarkan tentang KUASA,WANG,dan KEPENTINGAN PERIBADI. Jika matlamat yang diperjuangkan oleh parti politik yang majoritinya diangotai oleh orang-orang ISLAM kini benar-benar ISLAMIK,sudah tentu natijah ataupun hasilnya adalah indah dan harmoni.Tetapi apa yang penulis sendiri lihat berdasarkan persekitaran adalah terlalu banyak kata yang tidak pasti (fitnah) yang digemburkan media dan diperhebatkan oleh pengikut-pengikutnya termasuk rakan-rakan di social network seperti facebook,twitter,google + dll.Kebanyakan kata-kata itu bukan sahaja tidak pasti kesahihannya malah yang lebih memburukkan lagi terdapat tulisan kata2 yang kurang senang seperti carutan ,makian ,sumpahan yang islam itu sendiri menegahnya walaupun berlakunya kekhilafan.Subhanallah.

Persoalannya bagaimana kita boleh mendapat pemimpin-pemimpin yang baik jika proses untuk mendapatkannya sudah kotor dan dicemari ? Realiti yang berlaku hari ini penulis sendiri,rakan dan rakyat malaysia semakin bimbang dengan sepak terajang ahli-ahli politik yang semakin meminggirkan nilai adab dan akhlak.Walhal politik Islam adalah urusan yang sangat penting dan seharusnya bersih dari anasir-anasir yang tidak elok ini.Ingin penulis kongsikan beberapa pendapat yang mana diperolehi daripada pembacaan2 politik islam.salah satunya ialah urusan kepimpinan menurut islam adalah manhaj(Jalan) untuk menegakkan ubudiyyah kepada Allah s.w.t melalui khidmat sesame manusia.Dari segi istilah bahasa pula politik bermakna “the arts and the science of government” atau “siasah” dan kata dasar dari siasah adalah ‘to lead,to guide,to conduct,to direct” (pandangan Muhammad Jihad).

Bagaimana berpolitik dengan cara yang bersih?-ia mesti ditunjangi oleh aqidah yang mantap,dipantau oleh syariat dan dihiasi dengan akhlak.Tanpa elemen ataupun unsure ini dalam diri ahli politik urusan kepimpinan pasti akan diseleweng.Cube kita tengok sendiri apa yang dipaparkan kat media massa,dari percetakan sehinggalah ke elektronik terlalu banyak beerita yang saling bercanggah antara satu sama lain dan berunsurkan negative mula dipaparkan untuk tatapan umum.Sama-sama kita beringat,politik bukannya gelanggang perebutan kuasa,wang,pertelagaahan,pembelotan,kata mengata,cerca-mencerca dan fitnah memfitnah malangnya semua itulah yang menjadi budaya politik hari ini.

Bukanlah kita tidak boleh bersuara dalam berpolitik,tetapi kita hendaklah memberi penerangan yang jelas tentang matlamat apa yang kita perjuankan,ataupun maksud yang ingin disampaikan.Boleh mengkritik,menegur malah menyalahkan pihak lain tetapi hendaklah dalam batas-batas syariat islamiah.Berbaiklah dengan rakan-rakan samaada rakan separti ataupun parti lawan,kita seharusnya menjaga diri agar tidak dirasuk oleh sifat-sifat mazmumah seperti hasad dengki,dendam,amarah,dan tamak dan lain-lain.Untuk mendapat kedudukan atau pangkat tidak salah,tetapi dapatkanlah dengan cara berkerja keras,bukan mengampu,menyogok atau mengancam.Ingatlah selalu,kuasa itu amanah.Ia bukan matlamat.Setiap amanah akan dipersoalkan kat akhirat nanti.Jadi pikullah amanah itu dengan rasa takut kepada Allah dan gerun akan neraka.

Titik perbezaan tetap ada,namun titik persamaan masih banyak dan masih boleh diperjuangkan bersama-sama.insyaallah

-sapri mad

No comments:

Post a Comment