Cari

The Web Ask Diperantauan
Showing posts with label MURTAD. Show all posts
Showing posts with label MURTAD. Show all posts

Sunday, August 21, 2011

AGAMA KAMU BUKAN AGAMA KAMI !

Bertemu kembali untuk post ke-2, kesinambungan artikel Malaysia murtad (klik sini) yang saya buat pada sebelum ini,terima kasih kepada pembaca yang sudi membaca,memberi komen dan mencetuskan idea untuk menyambung kembali isu yang telah dikupas sebelum ini.

Seperti yang saya telah kongsikan pada sebelum ini Allah s.w.t telah berfirman pada surah(Makkiyah)-109 Al-Kafirun dan mengadungi 6 ayat.Insyaallah pada hari ini penulis akan kongsikan latar belakang surah ini berdasarkan pandangan-pandangan orang terpelajar dalam islam(lihat sumber).Idea tercetus semasa semakan semula maksud surah ini sendiri dan terdapat sebuah kisah dalam tafsir Al-quran tersebut.

LATAR BELAKANG SURAH

Kisahnya,semasa Rasullullah s.a.w giat menjalankan aktiviti dakwah di makkah,seperti yang kita tahu kaum Quraisy tidak berhenti-henti menentang untuk menghentikan pengaruh islam yang kian lama semakin berkembang dengan pelbagai cara termasuk mengajak nabi Muhammad s.a.w. berkompromi dalam melaksanakan tuntutan ibadah.subhanallah.TAWARAN ini ialah JIKA RASULULLAH s.a.w bersedia menyembah tuhan mereka(Quraisy),mereka pun bersedia menyembah Allah s.w.t sebagaimana konsep islam.Petikan dari tafsir Mahmud Yunus…

“Ya Muhammad ikutlah agama kami,nanti kami ikut agamamu.Kamu sembah tuhan kami setahun dan kami sembah Tuhan kamu setahun pula”.Na’uzubillah kata Rasulullah s.a.w,aku berlindung pada Allah s.w.t dari perbuatan syirik .Kemudian turunlah surah Al-Kafirun ini.

Allah s.w.t menurunkan surah ini untuk menjawab tawaran mereka itu.Walaupun alasan mereka ingin mencipta hubungan yang harmoni namun niat mereka yang nak mencampuradukan islam dengan ideologi jahilliah mereka tidak boleh diterima!.subhanallah

TIADA KOMPROMI

Surah ini secara tegas melarang umat islam mencampur adukkan niat dengan yang lain dalam menyembah Allah s.w.t.Juga menolak sebarang perbuatan syirik kepada Allah s.w.t yang boleh menjejaskan konsep tauhid islam itu sendiri.Usul kaum Musyrikin itu ditolak oleh Nabi s.a.w kerana TIDAK MUNGKIN BAGINDA MENGGADAIKAN AGAMA DAN AQIDAH HANYA DEMI PERPADUAN.Malah tidak logik boleh terjadinya penyatuan islam dan agama lain.Setiap agama seperti yang kita ketahui adalah berbeza dari segi keyakinan,objektif dan perlaksanaan.Oleh sebab itu surah ini diturunkan bagi memberikan hukum yang bersifat “final” daripada Allah tentang pengharaman mengiktiraf fahaman selain daripada Islam.subhanallah.

Dalam ayat yang pertama dan kedua Allah mengingatkan Nabi s.a.wagar memberitahu secara tegas kepada kaum yang kafir bahawa Nabi s.a.w dan umat islam tidak akan berkompromi dengan mereka dalam perkara yang berkaitan dengan Akidah.subhanallah.

Ayat 7 surah Ibrahim.firman Allah s.w.t “Dan (ingatlah) ketika tuhan kamu memberitahu ,’demi sesungguhnya jika kamu bersyukur nescaya aku akan tambahkan nikmat-ku kepada kamu .Dan demi sesunguhnya jika kamu kufur ingkar,sesungguhnya azab-ku amatlah keras.

KAMI DENGAN CARA KAMI

Dalam ayat ke-3,Allah s.w.t menegaskan kepada Rasulullah s.a.w sekaligus memberitahu para pemimpin Quraisy bahawa mereka sebenarnya tidak akan sanggup menyembah Allah dalam keadaan itu.Mereka hanya berpura-pura hendak mengajak berkompromi.Orang arab lain yang menyedari permainan mereka,akhirnya secara berdikit-dikit memasuki islam meninggalkan abu Jahal,Abu lahab dan yang sealiran dengannya.Dalam ayat yang ke-4 dan ke-5 lima pula mengulangi pendirian seperti yang dinyatakan sebelum ini. “Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat".

Dalam artikel Uztaz Hj.Zahazan Mohamed ada menceritakan pendapatnya keadaan pendirian umat islam konsisten dalam beribadah kepada Allah, berbanding golongan kafir yang menyembah hanya berdasarkan kehendak nafsu mereka sendiri.Barangkali sembahan mereka pada tahun ini berbeza dengan sembahan tahun lalu.subhanallah.

Menerusi ayat ke-23 surah al-Najm tentang kesesatan golongan kafir ini Allah berfirman, yang bermaksud “benda-benda yang kamu sembah itu tidaklain hanyalah nama-nama yang kamu dan nenek moyang kamu namakanya.Allah s.w.t tidak sekali-kali menurunkan sebarang bukti yang membenarkan sembahan mereka itu.Mereka berbuat demikian,tidak menurut melainkan sangkaan dan apa yang diinginkan hawa nafsunya.Padahal demi sesungguhnya telah datang kepada mereka petunjuk daripada Tuhan mereka”.Subhanallah,message penulis pada post kali ini adalah kerisauan kewujudan golongan tertentu yang cuba menarik umat islam keluar daripada ajaran islam itu sendiri.subhanallah.Semoga Allah tetapkanlah iman kita dan dijauhilah kita dari sebarang perbuatan mungkar dan syirik serta dibukakanlah hati golongan-golongan yang melakukan kemungkaran dan kuatkanlah hati golongan-golongan daie(karkun) dalam penyebaran Islam. insyallah.

Sedikit pantun penutup kata …….

*apalah guna perpaduan(toleransi) yang dicapai ,Jika akidah kita tergadai

Al-quran dan sunnah kita baca,

Sirah Rasulullah s.aw tidak dilupa,

Apalah ertinya Islam hanya pada sekadar di nama,

Jikalau islam tidak menjadi cara hidup kita,

Sumber-Uztaz Hj.Zahazam Mohamed,Tafsir Prof.Dr.Hj.Mahmud Yunus,I love islam, dan para Islamic blogger.

p/s-sebarang teguran,pandangan,tentang cara penyampaian amatlah dialukan,ingin diingatkan niat utama penulis menulis artikel ini adalah ingin berkongsi dan mengingatkan diri sendiri dan sesame kita kerisauan tentang kewujudan golongan keluar islam(murtad) serta golongan liberal Islam yang membenarkan gejala ini.

Monday, August 8, 2011

MALAYSIA MURTAD?


ASSALAMUALAIKUM

kembali lagi ke post kali ini,-idea dari saudara AFM

Penulis sengaja membuat tajuk diatas supaya ia menjadi lebih catchy dan menarik sedikit untuk saudara/i membaca,isu kali ini yang penulis ingin bawakan adalah isu murtad yang semakin menjadi-jadi di malaysia, kebimbangan ini turut dirasakan rakan-rakan penulis yang lain.subhanallah semoga allah jauhkan kita dari murtad.insyaallah

Murtad-ialah satu gejala kerosakan akidah kepercayaan dalam kalangan umat Islam,senang cerita orang murtad ni dah tak percaya Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w serta kitab-kitabnya.Murtad berbeza dengan munafik yer sahabat sekalian,orang munafik masih lagi mempercayai islam cuma dia bermuka-muka.Mulut kata lain hat buat lain contohnya, malas menegakkan solat, tapi kalau solat suka menunjuk-nunjuk,semoga allah menjaukan diri kita dari sifat nafiq ini.insyaallah.

KAJIAN yang dilakukan oleh pensyarah UM,akademi islam, bertajuk konflik antara kebebasan beragama dan hukum islam menunjukan memang malaysia mempunyai ramai permohonan murtad.Seperti yang kita pernah lihat kat akhbar baru baru ini akhbar malaysia mengeluarkan statistik tentang permohonan murtad(sila lihat gambar:sumber).

Mesti ramai tertanya-tanya KENAPA MURTAD?
  • Masalah rumah tangga
  • Pihak keluarga tidak merelakan si muallaf meninggalkan agama lama
  • Gerakan pengkristianan
  • Salah faham tentang islam
  • Perebutan hak penjagaan anak (anak yang menjadi mangsa)
  • Perkahwinan dengan orang yang menganut agama lamanya
  • dan banyak lagi KES-KES yang di failkan SILA KLIK SINI JUGA KLIK SINI

Alhamdulillah penulis sangat bersyukur lahir dalam keluarga islam yang memberikan didikan agama yang cukup dan sentiasa ada orang yang sudi menegur sekiranya kesalahan dilakukan.PERSOALANYA bagaimana pula dengan golongan muallaf?atau mereka yang lahir islam tapi tidak pernah dididik tentang islam?subhanallah tanggung jawab kita sebagai umat islam menjadi khalifah di muka bumi ini untuk membawa kebaikan (ada orang kata tu JAKIM nyer keje) subhanallah .ini adalah tanggung jawab kita bersama,jangan dicemuh sekiranya muallaf melakukan kesalahan tapi perbetulkannya lah,kalau kita tidak tahu tanya lah JAKIM atau perkenalkan mereka dengan orang yang sepatutnya.

Contoh yang tidak baik dari orang ISLAM sendiri juga menyebabkan salah faham orang yang baru memeluk islam.Seperti meminum ARAK,SEKS,FITNAH,MEMBUNUH,BUANG ANAK yang menjadikan muallaf berasa sangsi dengan ISLAM.Perbuatan terkutuk ini juga menyebabkan penganut agama lain dan atheis(orang xda agama) memandang serong terhadap islam itu sendiri dan menjadikan itu alasan kepada muallaf islam supaya meninggalkan ISLAM.Subhanallah..

Kawan-kawan pernah mendengar blog-Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang menghina islam dan Rasulullah s.a.w,penulis pernah ke blog tersebut.nak baca jer ayat dalam blog itu dah rase serba salah untuk diungkapkan.subhanallah. TAPI JANGANLAH DIBENCI ORANG YANG MELAKUKAN KESALAHAN TETAPI BECIKANLAH PERLAKUANNYA.Siapalah diri kita untuk menghukum seseorang.Siapa Makcik nih? KLIK SINI. Penulis pon x pasti apa SKMM,JAKIM usahakan tapi penulis percaya mereka melakukan sesuatu.Jangan terus menyalahkan orang lain ..penulis sendiri dapat merasakan dia dilindungi oleh sesuatu badan tertentu.

HUKUMAN MURTAD

Dan sesiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya (Islam) lalu dia mati sedang dia tetap kafir, maka orang-orang yang demikian rosak binasalah amal usahanya di dunia dan di akhirat, dan mereka itulah ahli neraka, kekal mereka di dalamnya. [al-Baqarah 2:217]

Perkara yang paling risau sekali tentang berleluasanya gejala murtad di malaysia ini ialah pengenalan Suruhanjaya Antara Agama. Seperti yang telah dibincangkan oleh pensyarah UM diatas dalam kajianya,Malaysia mengamalkan HAK KEBEBASAN BERAGAMA dan inilah yang menjadi tunggak harapan orang murtad untuk keluar islam. Contoh yang paling glamor rentetan Kes Lina Joy yang mempersoalkan hak kebebasan beragama dalam islam-malaysia.

Kalau tuntutan suruhanjaya antara agama ini menjadi apalah agama anak kita dimasa hadapan .subhanallah, (penulis mungkin akan keluar dari malaysia kalau ia terjadi,ia tidak mustahil kalau umat-islam-malaysia terus dalam perpecahan) bersatulah atas nama agama,sebanyak manapun beza kita dengan umat islam yang lain kita percayakan ALLAH S.W.T,RASUL S.A.W,Al-quran,Kita berpuasa dalam bulan ramadhan.Kita pergi Haji,dan kita percaya Qada dan qadar. JADI APAKAH YANG MEMBEZAKAN KITA? carilah persamaan untuk mengatasi perbezaan dan janganlah kamu membenci sesama manusia,pupuklah budaya menegur supaya kita sentiasa dalam jalan yang benar insyaallah.

Bismillahirahmannirahim-Terjemahan AL-KAFIRUN

Katakanlah (wahai Muhammad): “Hai orang-orang kafir!

“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.

“Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah.

“Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat.

“Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat.

“Bagi kamu ugama kamu, dan bagiku ugamaku”.


Semoga dijauhankanlah dari kita kesesatan,dan semoga kita sentiasa dalam jalan yang benar,insyaallah

p/s-sumber adalah dari open source sumber pertama,jadikan entry ini sebagai permulaan untuk kajian dan kefahaman saudara dan bukannya rujukan.